KUALI | Tip & Trik

Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik

Lead Image

BUNGA betik antara ulam-ulaman tradisional yang terkenal dengan rasa pahit sama seperti daunnya.

Pun begitu, ia tetap menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang lembut apatah lagi ditumis bersama ikan bilis.

Bagi sesetengah orang, pahitnya mungkin agak kuat sehingga membantutkan selera makan.

Namun, terdapat beberapa cara mudah untuk mengurangkan rasa pahit sebelum ia dimasak:

Langkah ini cukup mudah dilakukan.

1. Rendam dalam air garam

Cara paling biasa dilakukan adalah dengan merendam bunga betik dalam air campuran garam.

Ramas bunga betik dan bilas hingga bersih, ulang dua higga tiga kali untuk hasil optimal.

Rasa pahit hilang tanpa merosakkan tekstur bunga.

2. Rebus bersama asam jawa

Selain jadi bahan masakan, asam jawa boleh menyerap rasa pahit bunga betik.

Rebus bunga bersama air asam jawa selama 10 hingga 15 minit, kemudian tapis.

MENARIK DIBACA: Selain pisang dan nanas, buah-buahan ini lagi sedap kalau dipanggang

MENARIK DIBACA: Sapu sikit minyak, rahsia kentang goreng rangup guna air fryer

Rasa akan menjadi lebih lembut tanpa menghilangkan tekstur asli bunga betik.

Daun jambu berupaya meneutral rasa pahit.

3. Gunakan daun jambu

Daun jambu boleh meneutralkan rasa pahit.

Rendamkan beberapa lembar daun jambu bersama bunga betik di dalam bekas berisi air dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Dah guna macam-macam produk, tetap bau busuk! Ketulan ais dan cuka antara petua cuci sinki dapur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Bukan sekadar rebus dengan air garam, ada cara kurangkan rasa pahit lemon

Terhangat