KUALI | Tip & Trik

Elak minyak meletup dan merecik ketika menggoreng hanya guna garam

Lead Image

SALAH satu ketakutan terbesar di dapur adalah minyak meletup atau merecik ketika menggoreng. 

Tak kira sama ada menggoreng ikan, ayam, atau sayur, minyak panas tiba-tiba meletup dan terpercik ke kulit boleh menyebabkan kesakitan pedih malah meninggalkan parut sukar hilang. 

Sebenarnya ada cara mudah untuk elak kejadian ini daripada berlaku. 

Terdapat langkah mudah untuk mengurangkan minyak meletup ketika menggoreng.

Hanya menggunakan bahan dapur tersedia di dapur, sesi menggoreng bukan lagi perkara menakutkan. 

Berikut adalah petua mudah boleh membantu mengelakkan minyak meletup dan memastikan pengalaman memasak lebih menyenangkan.

Tabur sedikit garam ke dalam minyak sebelum mula menggoreng.

1. Tabur garam dalam minyak

Salah satu cara mudah untuk mengelakkan minyak daripada meletup adalah dengan menaburkan sedikit garam ke dalam minyak sebelum mula menggoreng. 

Garam membantu menyerap titisan air halus mungkin terdapat pada bahan makanan atau dalam minyak. 

Titisan air masuk ke dalam minyak panas adalah penyebab utama minyak meletup atau merecik. 

Caranya, panaskan minyak seperti biasa dan taburkan sedikit garam apabila ia panas.

Kemudian, boleh terus menggoreng seperti biasa.

Tepung juga membantu menstabilkan minyak semasa menggoreng.

2. Tepung stabilkan minyak

Tepung juga membantu menstabilkan minyak semasa menggoreng. 

Dengan menambahkan sedikit tepung ke dalam minyak panas, langkah ini dapat mengurangkan letupan kecil berlaku ketika bahan makanan dimasukkan ke dalam kuali. 

Tepung bertindak untuk menutupi minyak dan menjadikannya lebih stabil.

MENARIK DIBACA: Ada cara daun pisang kekal segar 2 bulan, peniaga boleh guna tip ini

MENARIK DIBACA: Baru masak dah basi, jangan gelabah ada cara kekalkan kesegaran makanan

Sebelum memasukkan bahan makanan ke dalam minyak, tambahkan secubit tepung ke dalam minyak panas.

Boleh gunakan tepung jagung atau tepung gandum.

 Kurangkan kelembapan guna tisu atau kain.

3. Kurangkan kelembapan guna tisu atau kain

Salah satu punca utama minyak meletup adalah bahan makanan mempunyai kandungan air tinggi atau lembap. 

Sebelum menggoreng ikan, ayam atau sayuran pastikan bahan dikeringkan dengan baik menggunakan tisu dapur atau kain bersih. 

Pemilihan minyak juga penting bagi mengelak percikan tidak diingini.

4. Pilih minyak ketumpatan tinggi

Pemilihan minyak juga penting bagi mengelak percikan tidak diingini. 

Sebenarnya, minyak juga mengandungi ketumpatan berbeza mengikut jenama dan kategori. 

Minyak mempunyai titik didih tinggi seperti minyak jagung, minyak kacang soya atau minyak kanola lebih sesuai untuk menggoreng.

Elakkan menggunakan minyak zaitun atau minyak sayuran yang lebih sensitif kepada suhu panas.

Guna minyak secukupnya dan jangan terlalu penuh.

5. Kuali jangan terlalu penuh

Satu lagi kesilapan sering dilakukan ketika menggoreng adalah mengisi kuali terlalu banyak minyak atau bahan makanan. 

Ini boleh menyebabkan suhu minyak turun mendadak apabila bahan makanan dimasukkan dan menyebabkan letupan. 

Pastikan sesi menggoreng dilakukan dalam jumlah sederhana supaya minyak dapat mendidih dengan sempurna.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tak pelik pun! Anak lelaki patut dibiasakan ke dapur, ini 5 cara paling berkesan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Campur dalam adunan perapan, mentega rahsia isi ayam goreng berjus dan lembut

Terhangat