KUALI | Trending

Geram bekal makanan asyik hilang, wanita perangkap pencuri guna 'ghost paper'... Identiti pelaku akhirnya terbongkar

Lead Image

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!

Seorang wanita nekad menggunakan cara 'halus' untuk menangkap pencuri bekal makanannya di pejabat.

Geram bekal yang dibawa selalu hilang, wanita itu sengaja meletakkan cili hantu atau ghost pepper dalam bekal makanannya sebagai perangkap.

Kalau nak tahu, cili hantu merupakan salah satu jenis cili paling menyengat di dunia.

Ekspresi selamba wanita tu selepas dapat menangkap si pencuri.

Menerusi rakaman video yang tular, wanita berkenaan turut merakam ekspresi wajah selamba sambil kedengaran bunyi seseorang batuk dan tersedak kuat dipercayai akibat tak tahan kepedasan cili tersebut.

Daripada situlah terbongkar siapa sebenarnya individu yang selama ini diam-diam mencuri makanannya.

“Sebab itu jangan curi makanan orang!” tulisnya dalam hantaran video.

MENARIK DIBACA: Warga asing kantoi berendam dalam bekas air, buat guna cuci sayur sebelum jual - “Terus kembang rasa tekak”

MENARIK DIBACA: Rupa bentuk sama... Ketahui beza tepung pelita, kuih tako dan limas

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan cara wanita tu ‘mengenakan’ si pencuri.

Namun ada juga yang mempersoalkan tindakan tersebut kerana bimbang kesan cili hantu mungkin terlalu ekstrem.

“Sejujurnya cara ni macam sengaja nak sakitkan orang, tahu tak kesan buruk ghost pepper macam mana?”

“Lantak dialah nak letak apa dalam makanan... siapa suruh mencuri!”

“Saya pun pernah buat macam ni, ini saja cara nak ajar pencuri," komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Negeri Sembilan mana ni? Netizen tak puas hati nenek kongsi resipi masak rendang nogori tumis bawang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Lotus's lancar kempen Ramadan Raya 2026, tawar penjimatan sehingga 4,500 produk serta hadiah bernilai lebih RM600,000

Terhangat