KUALI | Tip & Trik

Ada cara daun pisang kekal segar 2 bulan, peniaga boleh guna tip ini

Lead Image

PENGGUNAAN daun pisang sangat popular dalam sajian tempatan lebih lagi untuk membungkus kuih muih pemanis mulut.

Duan pisang juga memiliki fungsi praktikal yang mana permukaan licin membuatkan kuih muih tidak melekit selain menjadi pembangkit aroma pada hidangan.

Namun masalah utama berkaitan daun adalah ia mudah layu dan rosak dan meninggalkan bau kurang enak terhadap makanan yang dibalut dengan daun pisang. 

Banyak kegunaan duan pisang dalam kulinari tempatan.

Bagi peniaga, daun pisang yang mudah rosak membuatkan mereka terpaksa menanggung kerugian jika kuantiti disimpan dalam jumlah banyak. 

Elak pembaziran dengan tip mudah ini dengan empat cara malah daun pisang kekal segar hingga dua bulan.

Kebanyakan menu tempatan turut menggunakan daun pisang sebagai pembangkit aroma.

1. Ikat setiap daun pisang

Kaedah ini sangat sesuai untuk memudahkan proses pembersihan daun pisang dan mengurangkan risiko ia cepat rosak.

Susun daun pisang sebanyak lima helai dan diikat menggunakan getah supaya daun tidak terburai.

Untuk daun bersaiz besar dan tebal, boleh potong mengikut kegunaan sebelum diikat.

Cuba rendam daun pisang dalam air selama 30 minit untuk kekalkan kelembapan.

2. Rendam dalam air selama 30 minit

Selepas membersihkan daun pisang, sediakan bekas besar yang boleh muatkan semua daun pisang. 

Rendam daun supaya ia kekal lembap dan segar. 

Cara ini juga membantu daun supaya tidak mudah layu dan kekal lembut apabila digunakan.

Permukaan daun pisang licin menjadikan ia pilihan sebagai pembalut.

3. Tos air pada daun

Selepas direndam, tos air dengan baik. Pastikan daun tidak terlalu basah kerana kelembapan berlebihan boleh menyebabkan daun berkulat.

MENARIK DIBACA: Kopi paling mahal di dunia ada di Dubai, RM4,000 secawan!

MENARIK DIBACA: Makan perlahan kurangkan risiko obesiti sebanyak 45 peratus

Jangan biarkan daun terkena cahaya matahari terlalu lama selepas dibasuh, kerana ini boleh membuat daun cepat kering.

Gunting memudahkan proses penyimpanan daun pisang.

4. Simpan dalam beg plastik dan peti sejuk

Untuk pastikan daun pisang kekal segar dan hijau sehingga dua bulan, simpan daun pisang dalam beg plastik kemudian masuk ke peti sejuk.

Semasa digunakan, layurkan daun sebentar di atas api atau stim sebelum membungkus makanan untuk mengelakkan daun mudah pecah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Dua bahan ini berkesan hilangkan kerak kuali, paling best tak payah sental!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Jangan terus buang! Selain roti, 6 makanan ini masih ‘okay’ selepas tamat tarikh luput

Terhangat