Jangan terus buang! Selain roti, 6 makanan ini masih ‘okay’ selepas tamat tarikh luput
BIASANYA kita terus membuang makanan apabila sudah mencapai tarikh luput kerana bimbang akan mengalami keracunan makanan.
Namun sebenarnya sebahagian besar makanan masih selamat untuk dimakan walaupun sudah tamat tempoh.
Ini kerana tarikh luput hanya sebagai petunjuk tentang kesegaran sesuatu makanan.
Selepas tarikh itu, kualiti rasa atau tekstur mungkin menurun, tetapi keselamatan makanan masih terjamin.
Selagi tiada perubahan ketara seperti bau, warna dan tekstur, makanan itu masih berada dalam keadaan baik.
Berikut adalah beberapa makanan yang selamat dijamah walaupun telah melepasi tarikh luput:

1. Madu
Bukan saja kaya dengan nutrient, madu juga tidak mudah basi!
Selagi ia disimpan dalam botol tertutup rapat dan tidak melalui proses berlebihan, ia boleh kekal sehinggan puluhan bahkan ratusan tahun.
Rahsianya terletak pada kandungan air yang rendah menyebabkan mikroba sukar membiak sekali gus menjadikan ia tahan lebih lama.

2. Garam
Garam merupakan bahan semula jadi yang dikenali mempunyai jangka hayat tanpa had.
Tidak hairanlah, orang zaman dahulu gunakan garam untuk mengawet makanan seperti ikan masin, acar, dan snek kering.
Namun, ia hanya terpakai untuk garam tulen tanpa tambahan yodium atau bahan anti-gumpal.

3. Kopi segera
Kopi segera selamat diminum walaupun melebihi tarikh luput.
Ini kerana proses pengeringan ekstrak kopi yang telah diseduh menyebabkan ia tidak kelembapan sekali gus tidak mudah rosak.

4. Kicap soya
Kicap soya dihasilkan melalui proses fermentasi yang diketahui mempunyai jangka hayat Panjang.
Ia boleh bertahan puluhan tahun, asalkan botolnya belum dibuka dan tidak mengandungi bahan tambahan.

5. Keju
Keju semakin enak meskipun sudah melepasi tarikh luput. Pertumbuhan bakteria bukanlah satu masalah, asalkan potong bahagian yang rosak.
Namun tetap perlu lebih berhati-hati kerana semakin lama keju disimpan ia mengumpul lebih banyak air di dalamnya.

6. Yogurt
Yogurt telah dibuka lebih cepat rosak berbanding belum dibuka, tetapi masih boleh dimakan sehingga dua minggu selepas tarikh luput.
Ini kerana proses fermentasi mengekalkan kandungan asid laktik yang menghalang pertumbuhan bakteria jahat.

7. Roti
Roti biasanya mempunyai kandungan air yang rendah dan pengawet semula jadi (atau tambahan) yang memperlahankan pertumbuhan kulat.
Oleh itu, roti masih selamat dimakan beberapa hari selepas tarikh luput, asalkan tiada kulat.