KUALI | Tip & Trik

Baru potong dah ‘lebam’… Rendam epal dalam air madu, kekal segar 12 jam

Lead Image

BUAH epal sudah menjadi buah-buahan wajib sebagai bekal pencuci mulut buat anak-anak makan di sekolah. 

Biasanya golongan ibu akan memotong epal menjadi hirisan kecil bagi memudahkan anak-anak makan.

Tetapi masalah sering berlaku adalah epal yang dipotong cepat bertukar warna menjadi lebam sehingga mencacatkan selera anak-anak untuk makan.

Epal antara buah kegemaran ramai.

Perkara ini berlaku kerana permukaan isi epal terdedah kepada udara menyebabkan tindak balas pengoksidaan berlaku lalu buah menjadi lebam. 

Proses semula jadi ini bagaimanapun boleh dilambatkan dengan teknik penyimpanan yang betul.

Ada lima teknik mudah yang ibu-ibu boleh dicuba untuk memastikan epal kekal putih dan rangup ketika hendak dimakan.

Air madu juga kaya dengan kandungan antioksidan untuk melambatkan penukaran warna epal.

1. Rendam dalam air madu

Madu mengandungi komponen flavonoid bersifat antioksidan melambatkan buah menjadi lebam. 

Bahan semula jadi ini juga mengandungi asid seperti asid organik dapat menurunkan pH permukaan epal.

Caranya, campur satu sudu madu dan satu cawan air lalu rendam selama 5 minit kemudian tos.

Hasilnya, epal bukan sahaja tidak mudah lebam tetapi menjadikan ia lebih manis.

Garam boleh jadi bahan pengawet semula jadi.

2. Larutan garam pengawet semula jadi

Larutan garam bertindak menarik sedikit air keluar dari sel permukaan epal menerusi proses osmosis.

Proses Ini membantu mengurangkan oksigen yang bersentuhan dengan polifenol epal.

Untuk epal dimakan mentah, boleh rendam dalam larutan garam selama 10 minit lalu dibilas dan dikeringkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Cara ini dapat mengekalkan warna epal sehingga 12 jam. Bagi epal digunakan untuk masakan, boleh cuba rendam dalam larutan garam lebih lama sehingga waktu masak. 

Campur soda dengan air untuk kekalkan kesegaran epal.

3. Larutan baking soda

Teknik ini kurang popular namun ia memberikan hasil sangat ringan dan boleh menstabilkan pH epal dari berubah warna. 

Caranya, guna 1/2 sudu kecil baking soda bersama satu cawan air. 

MENARIK DIBACA: Saiz dapur kecil bukan masalah, ada cara deko agar nampak luas dan praktikal

MENARIK DIBACA: Kulit risoles mudah pecah selepas digoreng, puncanya ramai tertinggal 2 bahan ini

Rendam hirisan epal sekurang-kurangnya selama 3 minit lalu dibilas dan disimpan dalam peti sejuk. 

Kaedah ini tidak akan mengubah rasa epal selain berkesan untuk simpanan jangka pendek.

Rendam epal dalam air soda agar ia tidak berukar warna bahkan lebih manis.

4. Rendam dalam air soda

Air soda mengandungi asid sitrik dan karbonasi memberi perlindungan sementara pada epal.

Cuba rendam hirisan epal dalam soda atau mineral bergas mahupun lemon soda selama lima minit.

Kelebihan teknik ini juga membantu memberikan rasa sedikit manis pada epal selain mengekalkan warnanya. 

Potongan epal lebih tebal membantu lambatkan proses epal bertukar warna.

5. Potong lebih tebal

Potongan epal juga memainkan peranan. Lagi tebal potongan, lebih lambat buah ini mengalami perubahan warna. 

Teknik potongan lebih tebal juga sesuai untuk bekal harian atau persiapan piknik.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Jangan terus buang! Selain roti, 6 makanan ini masih ‘okay’ selepas tamat tarikh luput

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Baru masak dah basi, jangan gelabah ada cara kekalkan kesegaran makanan

Terhangat