KUALI | Tip & Trik

Baru masak dah basi, jangan gelabah ada cara kekalkan kesegaran makanan

Lead Image

KECEWA rasanya apabila masakan baru dihidangkan mula berubah aroma dan hilang kesegarannya.

Makanan hampir rosak akan mula menunjukkan tanda seperti masam, berlendir, berbuih, atau berbau kuat.

Perubahan bau ini boleh buat terasa rugi masa, tenaga dan bahan masakan digunakan.

Kembalikan kesegaran masakan menggunakan bahan ringkas.

Jangan sedih atau panik sebab dengan menggunakan beberapa bahan di dapur, kesegaran makanan dapat dikekalkan malah memastikan hidangan selamat dijamu.

 

Petua ini juga sesuai untuk masakan berkuah seperti gulai, sambal, sup tanpa risau masakan hilang kesegaran.

Berikut adalah lima petua mudah dan berkesan untuk mengekalkan kesegaran masakan menggunakan bahan dapur yang ada di rumah.

Campuran halia, bawang putih dan serai membantu mengekalkan kesegaran masakan.

1.Campuran halia, bawang putih dan serai

Campuran ketiga-tiga bahan ini bertindak sebagai agen antibakteria membantu menyegarkan makanan hampir rosak. 

Mudah saja, tumis halia, bawang putih, sedikit minyak lalu campurkan dalam makanan dan masak hingga mendidih.

Cuba tambah asam keping atau asam jawa dalam masakan hilang kesegaran.

2. Asam keping atau asam jawa 

Bagi masakan gulai, sambal atau sup ingin dimasak semula, cuba tambah 1 atau 2 asam keping atau asam jawa. 

Kedua bahan ini membantu menurunkan tahap pH dan menstabilkan kuah supaya tahan sedikit lama.

Namun, jangan tambah terlalu banyak kerana kedua bahan ini juga boleh membuatkan hidangan masam menghilangkan keseimbangan rasa.

Garam juga dapat mengembalikan kesegaran ayam dan ikan mentah.

3. Garam  

Garam bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi dan bahan masakan ini mampu menarik lembapan sekali gus menghalang pertumbuhan bakteria.

Caranya, bagi lauk kering atau kuah pekat, cuba tambah lalu dimasak semula hingga mendidih.

MENARIK DIBACA: Saiz dapur kecil bukan masalah, ada cara deko agar nampak luas dan praktikal

MENARIK DIBACA: Kulit risoles mudah pecah selepas digoreng, puncanya ramai tertinggal 2 bahan ini

Penggunaan garam juga boleh membantu mengembalikan kesegaran ayam atau ikan. 

Gosok bahan mentah ini dengan garam, biarkan seketika lalu dibilas dan dimasak seperti biasa.

Cuka bertindak dengan menurunkan pH, menjadikan makanan kurang mesra bakteria.

4. Cuka

Campuran cuka dalam makanan juga membantu memanjangkan kesegaran rasa masakan.

Cuka bertindak dengan menurunkan pH, menjadikan makanan kurang mesra bakteria.

Caranya, tambah satu atau dua sudu makan cuka dalam kuah, sup atau sambal lalu masak sehingga mendidih. 

Bahan ini juga boleh digunakan untuk menyelamatkan kuah sayur hampir masak. 

Perah limau nipis ke dalam ayam atau ikan sebelum dimasak semula untuk kembalikan kesegaran bahan mentah.

5. Limau nipis atau lemon 

Kandungan asid sitrik juga boleh membantu melambatkan kerosakan dan menutup bau kurang segar.

Perah limau nipis ke dalam ayam atau ikan sebelum dimasak semula untuk kembalikan kesegaran bahan mentah.

Boleh juga masukkan perahan limau nipis atau lemin ke dalam sambal, sup atau kuah mula berubah bau namun belum masam sepenuhnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Baru potong dah ‘lebam’… Rendam epal dalam air madu, kekal segar 12 jam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Bukan sahaja tengok rupa, goncang dan bau antara teknik elak dapat telur tembelang

Terhangat