Dua bahan ini berkesan hilangkan kerak kuali, paling best tak payah sental!
GOLONGAN mak-mak pasti mempunyai periuk atau kuali kegemaran setiap kali memasak.
Apabila ia kerap digunakan, bahagian permukaan periuk atau kuali akan menjadi hitam dan berkerak sehingga ia sukar ditanggalkan.
Hendak disental dengan berus dawai bimbang pula periuk tercalar atau merosakkan bahagian permukaannya.

Usah gusar, ada caranya untuk tanggalkan kesan hangus dan kerak masakan melekat pada kuali dan periuk kesayangan anda tanpa perlu menyentalnya.
Hanya menggunakan dua bahan iaitu baking soda dan cuka, periuk berkerak kembali bersih malah ramai sudah mencuba cara ini.
MENARIK DIBACA: Ada cara daun pisang kekal segar 2 bulan, peniaga boleh guna tip ini
MENARIK DIBACA: Baru masak dah basi, jangan gelabah ada cara kekalkan kesegaran makanan
Baking soda bersifat alkali membantu melemahkan struktur kerak masakan sejurus periuk dibersihkan.
Kristal halus baking soda turut mempunyai tekstur sedikit kasar membantu mengikis kerak tanpa merosakkan permukaan periuk.
Cuka pula mengandungi asid yang mampu meleraikan lapisan dan sisa berminyak, menjadikan periuk mudah dibersihkan tanpa perlu digosok kuat.
Berikut langkah-langkah untuk menanggalkan kesan berkerak pada periuk menggunakan baking soda dan cuka.

1. Mula dengan didihkan air dalam periuk hangit.

2. Masukkan 1/2 cawan baking soda dan 1/2 cawan cuka.

3. Biarkan mendidih 10 minit. Tutup api dan biarkan terus terendam.

4. Keluarkan air dan biarkan periuk sejuk seketika.

5. Bilas dengan air paip dan periuk akan kembali bersih.