KUALI | Tip & Trik

Campur dalam adunan perapan, mentega rahsia isi ayam goreng berjus dan lembut

Lead Image

AYAM goreng yang rangup di luar tetapi isinya berjus di bahagian dalam memang menjadi kegemaran ramai.

Namun apa mengecewakan apabila ayam cepat menjadi keras sedangkan teknik menggoreng sudah betul.

Salah satu cara paling mudah dan efektif untuk melembutkan ayam sebelum digoreng adalah menggunakan mentega.

Mentega bertindak sebagai bahan pelembut masakan.

Ini kerana kandungan lemak dalam mentega meresap jauh ke dalam serat ayam lalu membuatkan isi lembut dan berjus.

Selain menambah kelembapan, mentega juga memberi aroma dan rasa lebih kaya kepada daging ayam. 

Terdapat beberapa cara menggunakan mentega untuk mendapatkan hasil ayam goreng yang sedap dan berjus.

Resipi ayam goreng bertambah enak dengan campuran mentega.

1. Gaul ayam dengan mentega cair

Cairkan dua sudu besar mentega dan rata pada ayam dibersihkan.

Perap sekurang-kurangnya 30 minit.

Kelebihan cara ini akan membuatkan ayam lebih lembap di dalam dan bahagian luar pula cantik sekata apabila digoreng. 

Campur mentega dalam bahan perapan ayam.

2. Campurkan dalam adunan perapan

Jika perap ayam, boleh tambah mentega dalam bahan-bahan lain seperti bawang, halia, garam, lada atau rempah.

Tambah satu sudu besar mentega lembut ke dalam perapan.

MENARIK DIBACA: Dua bahan ini berkesan hilangkan kerak kuali, paling best tak payah sental!

MENARIK DIBACA: Baru masak dah basi, jangan gelabah ada cara kekalkan kesegaran makanan

Gaul hingga sebati lalu perap sekurang-kurangnya 1 jam dan lagi lama, lagi sedap.

Tip ini membantu semua rempah melekat lebih baik pada ayam.

Kandungan lemak dalam mentega membantu menambah aroma pada tepung bancuhan.

3. Guna mentega dalam bancuhan tepung

Untuk ayam goreng rangup boleh cuba masukkan sedikit mentega sejuk diparut dalam campuran tepung.

Gaul hingga tekstur adunan sedikit berderai seakan teknik membuat pastri.

Hasil gorengan akan jadi lebih rangup dengan isi ayam lembut berjus.

Tambah mentega dalam minyak gorengan panas untuk lembutkan isi ayam goreng.

4. Campurkan mentega dalam minyak goreng

Jika mahu aroma tambahan, masukkan anggaran 1/2 sudu besar mentega dalam minyak panas.

Elak menggunakan terlalu banyak mentega dalam minyak panas kerana bahan ini mudah hangus. Letak selepas minyak betul-betul panas.

Tip tambahan ayam lembut sedap adalah dengan memastikan potongan saiz ayam seragam supaya apabila digoreng ia masak sekata.

Goreng dengan api sederhana dan jangan terlalu lama kerana khuatir ayam akan menjadi kering dan keras.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Elak minyak meletup dan merecik ketika menggoreng hanya guna garam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Dua bahan ini berkesan hilangkan kerak kuali, paling best tak payah sental!

Terhangat