KUALI | Trending

[V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'

Lead Image

HANYA dengan slogan 'tembikai tak campur air', seorang peniaga berjaya mencuri perhatian pelanggan selepas perkongsiannya tular di media sosial.

Konsep unik itu menarik perhatian warga maya apabila peniaga berkenaan memaklumkan jus tembikai yang dijualnya dihasilkan 100 peratus daripada isi buah segar tanpa campuran air, gula atau bahan tambahan lain.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Threads Aida Yasmin, peniaga tersebut dilihat sedang mengasingkan potongan tembikai merah segar yang telah dibekukan sebelum terus dituangkan ke dalam balang air.  

Jus tembikai yang dijual akan dikisar dan dibekukan terlebih dahulu sebelum dicampurkan dalam balang air.

"Idea suami saya ni boleh jadi paling 'bodoh' atau paling bijak, tak ada in 'between' . Dia rancang nak jual air tembikai betul-betul 'piyor' (pure) punya.

"Dia kata dekat bazar selalu orang 'claim' jus tembikai ori tak campur air, lepas tu letak dalam balang isi ais juga. Sedangkan ais tu cair jadi air juga.

"Jadi idea dia nak jual jus tembikai dan aisnya pun guna jus tembikai yang dijadikan kiub ais," jelasnya yang berniaga di Gerai Nasi Lemak Kak Jah, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.

Niat asal wanita ini hanya ingin berkongsi tentang bisnes suaminya kepada orang ramai namun tidak menyangka minuman itu mendapat sambutan.

Hantaran perkongsian yang dimuat naik itu tidak disangka mendapat sambutan ramai.

"Astaghfirullah dah kenapa viral sangat ni. Kami baru tanya sahaja okay ke tak kalau buat ni, tetiba ramai datang hari ni dan air tembikai tak buat banyak pun.

"Terima kasih yang datang hari ini, beratur tunggu lama tadi. Hari ini kita 'sold out' ya, InsyaAllah 'next' hari Khamis akan buka ya," katanya.

MENARIK DIBACA:Air madu citron bantu sembuhkan batuk berpanjangan

MENARIK DIBACA:  Hanya sembur 3 kali sehari, toner DIY cengkih dan air beras bantu serikan wajah

Rata-rata pengguna media sosial memuji inisiatif itu yang disifatkan lebih tulen dan mengekalkan rasa asli buah berkenaan malah boleh dicontohi peniaga lain.

"Untuk peniaga air tembikai yang lain, boleh ikut jejak abang ni. Saya dah penat beli air tembikai tapi rasa sirap akhirnya saya buat sendiri lagi sedap.

"Untuk peniaga bazar yang selalu mengadu tak laku tu bolehlah tiru cara 'banner' abang ni. Dari jauh saya dah tahu benda apa nak dijual dan apa USP (unique selling point) dia.

Rata-rata warga maya memberikan komen positif terhadap idea kreatif peniaga tersebut.

"Jangan besarkan 'brand' sendiri yang belum terkenal tu, besarkan apa yang anda nak jual.

"Saya suka tembikai, jadi akan 'support' sangat-sangat! Kecewa tau beli mahal-mahal tapi kadang tembikai diaorang letak sirap, kalau 'pure' macam ni memang la saya beli lebih," antara komen warga maya pada hantaran tersebut.

Sehingga kini, perkongsian tersebut terus meraih puluhan ribu tontonan dan perkongsian, sekali gus membantu meningkatkan populariti peniaga tersebut.

Difahamkan jus tembikai tersebut dijual pada harga RM4 untuk saiz kecil manakal RM6 untuk saiz besar.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

8 makanan di bazar sering 'scam' pembeli, cantiknya cuma luaran

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Cemas campur lucu! Chef Wan perjelas insiden cuit Iddin Ramli khusyuk berdoa ketika 'live' program TV

Terhangat