KUALI | Pastri

Che Nom ajar 2 cara buat puding karamel, rasanya tetap sedap!

Lead Image

SIAPA tak terpikat dengan keenakan puding karamel, pencuci mulut klasik kesukaan ramai.

Teksturnya yang lembut, rasa manis berkrim dan lapisan karamel berkilat menjadikan ia hidangan istimewa enak dinikmati ketika sejuk.

Menerusi perkongsian Che Nom, cara menyediakan pencuci mulut ini sebenarnya tidaklah begitu rumit, apatah lagi bahan utamanya hanya telur, susu dan gula. 

Namun, ia tetap memerlukan teknik yang betul agar tekstur puding menjadi halus, licin dan tidak berketul.

Menurut Che Nom lagi, puding karamel boleh dimasak menggunakan dua kaedah, sama ada mengukus atau membakar dengan teknik water bath.

Berikut ialah resipi lengkap puding karamel oleh Che Nom:

Puding karamel memerlukan teknik betuk agar tekstur halus dan licin.

Bahan-bahan

Untuk gula karamel

  • 1/3 cawan gula
  • 2 sudu besar air

Untuk adunan puding

  • 2 cawan susu full cream
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 biji telur saiz B
  • 1 kuning telur
  • Secubit garam

MENARIK DIBACA: Kombinasi seni dan rasa, ada cara mudah buat agar-agar tembikai

MENARIK DIBACA: Senang betul buat churros, ini rahsia rangup di luar dan lembut di dalam

Cara penyediaan

Untuk lapisan caramel

  1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga gula cair dan mula berbuih.
  2. Apabila sudah keperangan, tuang segera karamel panas ke dalam loyang dan ratakan pada permukaan loyang.

Untuk adunan puding

  1. Pecahkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk, kacau perlahan tanpa menghasilkan buih. Masukkan esen vanila.
  2. Dalam periuk lain, panaskan susu bersama gula dan garam sehingga naik wap dan sedikit berbuih. Tidak perlu didihkan.
  3. Tuang susu panas sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur sambil kacau perlahan supaya telur tidak masak bergentel.
  4. Tapis adunan puding, lalu tuangkan kedalam loyang lapisan karamel dengan perlahan.
  5. Tutup loyang dengan aluminium foil, dan masak puding caramel menggunakan dua kaedah - sama ada membakar atau mengukus. 
  6. Bagi kaedah bakar (water bath): letakkan loyang puding di dalam loyang lebih besar yang berisi air panas (separuh paras loyang).
  7. Bakar pada suhu 160°C selama lebih kurang 50 minit.
  8. Bagi kaedah kukus: Kukus selama 45–60 minit menggunakan api sederhana.
  9. Setelah masak, biarkan puding sejuk sepenuhnya. Kemudian simpan dalam peti sejuk semalaman.
  10. Leraikan bahagian tepi puding, kemudian terbalikkan loyang ke atas pinggan hidangan.
  11. Biarkan sirap karamel mengalir cantik di atas permukaan puding dan sedia dihidang.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Kek tapak kuda red velvet menggoda selera, resipi Kak Sue buat ramai terliur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Kombinasi seni dan rasa, ada cara mudah buat agar-agar tembikai

Terhangat