KUALI | Pastri

Kombinasi seni dan rasa, ada cara mudah buat agar-agar tembikai

Lead Image

AGAR-AGAR memang pencuci mulut paling mudah untuk anda buat sendiri di rumah.

Lagi menarik, jika agar-agar yang anda buat itu dihasilkan dengan kreatif supaya kelihatan menarik.

Seperti agar-agar tembikai yang dihasil air tangan pempengaruh masakan, Mohd Zulfadhli Khobin ini.

Bentuknya memang cantik dan sesuai untuk dijadikan hidangan ketika 'portluck' atau buah tangan.

MENARIK DIBACA: [V] Kurang gemar ikan, Lorenzo Irmann tak pernah cuba nasi dagang

MENARIK DIBACA: Hidup influencer ini berubah selepas makan sushi, separuh wajah lumpuh dijangkiti salmonella

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 helai daun pandan
  • 10 gram serbuk agar-agar putih
  • Pewarna makanan merah dan hijau
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Biji selasih (Direndam)
  • 5 cawan air

Langkah penyediaan

  1. Larutkan gula bersama lima cawan air kemudian masukkan daun pandan. Guna api sederhana supaya gula tidak hangus.
  2. Masukkan 10 gram serbuk agar-agar putih dan masak sehingga mendidih.
  3. Asingkah larutan tadi kepada tiga bahagian.
  4. Masukkan pewarna makanan merah dan biji selasih yang telah direndam ke dalam salah satu larutan tadi kemudian tuang larutan (separuh) ke dalam bekas pencetak bersesuaian. Biarkan sehingga mengeras.
  5. Untuk lapisan kedua, larutkan bancuhan air gula tadi bersama satu sudu besar susu pekat manis dan kacau sebati kemudian tuang ke atas permukaan merah. Pastikan lapisan kedua ini tidak terlalu tebal dan biarkan sehingga mengeras.
  6. Lapisan ketiga, bancuh bersama pewarna hijau dan tuangkan ke atas lapisan putih yang telah mengeras. Kemudian simpan di dalam peti sejuk.
  7. Apabila mengeras, terbentuklah agar-agar tembikai yang cantik dan sedap. Selamat mencuba!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Che Nom ajar 2 cara buat puding karamel, rasanya tetap sedap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Rangup dan harum, patutlah viral… Ini cara orang Thailand buat pisang goreng bijan

Terhangat