KUALI | Trending

Hidup influencer ini berubah selepas makan sushi, separuh wajah lumpuh dijangkiti salmonella

Lead Image

KEHIDUPAN seorang pempengaruh makanan asal Ecuador berubah sekelip mata selepas sebelah wajahnya lumpuh akibat dijangkiti bakteria salmonella.

Yuli Vargas, 37, dijangkiti bakteria itu selepas menikmati sepinggan sushi di sebuah restoran yang baharu dibuka pada Ogos lalu. 

Awalnya tiada apa berlaku, malah Yuli memuji keenakan sushi di restoran tersebut dalam video reviu dimuat naik di media sosial miliknya. 

Kehidupan gadis cantik berusia 37 tahun ini berubah gara-gara makan makanan tercemar.

Sehinggalah beberapa hari kemudian, dia mula mengalami demam panas, sakit perut serta muntah tanpa henti sehingga mengakibatkan kesihatannya merosot.

Ketika itu, dia menyangka mengalami keracunan makanan biasa, namun keadaannya semakin teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Ternyata, hasil ujian darah dijalankan mendapati Yuli dijangkiti bakteria salmonella, iaitu sejenis kuman berpunca daripada makanan mentah yang tidak bersih.

MENARIK DIBACA: [V] Burasak dan lepat lui juadah Bugis ‘rare’… Cicah dengan rendang ayam daun maman memang mantap!

MENARIK DIBACA: Saffron rempah paling mahal di dunia, khasiatnya jadi buruan… Mampu atasi kemurungan

Dari hari ke hari, keadaannya semakin memburuk apabila Yuli turut disahkan menghidap demam kepialu (typhoid fever) sehingga menyerang sistem pencernaannya.

Akibat masalah tersebut, Yuli dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama 23 hari selepas organ dalamannya mengalami masalah.

Lebih buruk, sebelah wajahnya turut menjadi lumpuh akibat komplikasi serius akibat jangkitan itu. 

Yuli mengalami gejala demam panas, sakit perut serta muntah tanpa henti sehingga mengakibatkan kesihatannya merosot.

Ibarat mimpi ngeri menjadi nyata, Yuri turut menderita penyakit de Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menyerang sistem imun tubuhnya sendiri.

Disebabkan itu, Yuli terpaksa menjalani rawatan sepanjang hayatnya.

Hanya kerana menikmati makanan tercemar, kehidupan gadis cantik yang dahulunya disorot populariti, berubah sekelip mata.

Kejadian itu menjadi pengajaran besar bukan orang ramai supaya tidak mengabaikan kebersihan makanan selain berhati-hati terutama menikmati hidangan mentah seperti sushi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Tiramisu berbentuk piano julang cef asal Jepun sebagai juara dunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Air Zamzam diguna bancuh latte, video influencer cetus perdebatan

Terhangat