KUALI | Menu Selebriti

[V] Kurang gemar ikan, Lorenzo Irmann tak pernah cuba nasi dagang

Lead Image

PELAKON baharu Lorenzo Irmann berkongsi tidak pernah merasai keenakan hidangan popular Terengganu iaitu nasi dagang. 

Lorenzo atau Lorenzo Irmann Farhan, 21, tidak pernah teringin merasai juadah tersebut kerana kurang gemar dengan makanan yang dipadan bersama lauk ikan.

“Dalam banyak-banyak makanan yang ada di Malaysia, saya belum pernah cuba nasi dagang.

Pada usia 21 tahun, Lorenzo sudah mula menitik beratkan soal kesihatan tubuh badan.

“Tiada sebab tertentu cuma saya tak gemar makanan yang dimakan dengan lauk ikan,” katanya kepada Kuali.

Cerita Lorenzo, dia masih makan beberapa jenis ikan terutamanya yang tidak mempunyai banyak tulang seperti siakap, bawal dan ikan merah.

"Senang cakap saya makan ikan bertulang besar. Saya rimas kalau makan ikan yang banyak tulang kecil," jelas pelakon kacukan Melayu, Itali dan Jawa itu.

Bercakap tentang pemakanan seharian, pelakon drama Dendam Seorang Madu itu sangat menitikberatkan soal pemakanan.

MENARIK DIBACA: Rangup dan harum, patutlah viral… Ini cara orang Thailand buat pisang goreng bijan

MENARIK DIBACA: [V] Fitri Haris alah terhadap nasi, rela telan ubat alergik setiap hari - “Tak boleh hidup tanpa nasi”

Ini termasuk mengelak pengambilan makanan berminyak dan tinggi karbohidrat dalam diet.

Pun begitu, Lorenzo mengakui ‘lemah’ dengan hidangan manis seperti pencuci mulut namun tetap mengawal pengambilan gula demi kesihatan.

“Saya sangat gemar dengan makanan manis seperti pavlova dan tiramisu.

“Tapi tidaklah obses kerana sedar akan keburukannya dan masih terkawal demi kesihatan,” katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Alah kerang-kerangan, nyawa Nadeera hampir melayang - “Kalau lambat, mungkin saya dah tak ada”

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Fitri Haris alah terhadap nasi, rela telan ubat alergik setiap hari - “Tak boleh hidup tanpa nasi”

Terhangat