Rangup dan harum, patutlah viral… Ini cara orang Thailand buat pisang goreng bijan
KALAU buka media sosial, memang tengah ramai kongsi video resipi pisang goreng bijan dengan cara tersendiri.
Resipinya mungkin mudah tapi olahan tersendiri terhadap makanan popular dari Thailand itu membuatkan ia tular.
Dengan teksturnya yang rangup, nampak sungguh menyelerakan lebih-lebih lagi kalau dijadikan hidangan sarapan pagi atau minum petang.
Haruman biji bijan turut membuatkan pisang goreng itu istimewa dan membezakan dengan apa biasa kita makan.
Cara membuatnya juga mudah namun jenis pisang digunakan juga penting untuk mendapatkan hasil pisang goreng bijan yang enak.
Kali ini, Kuali kongsikan resipi dan cara membuat pisang goreng bijan dengan menggunakan pisang nipah atau disebut juga pisang abu untuk anda cuba sendiri di rumah.
MENARIK DIBACA: Terliur tengok influencer masak kambing black pepper, tak sangka resipinya mudah
MENARIK DIBACA: Padah minum air soda setiap hari, 300 biji batu karang dikeluarkan dari tubuh wanita 20 tahun
Bahan-bahan
- Pisang nipah/abu (Dibelah antara 4 hingga 5 bahagian)
- 1 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tepung ubi
- 1 sudu majerin
- 1 sudu bijan
- Air
- Secubit Garam
- Gula secukupnya
- Pewarna makanan (Kuning)
Langkah penyediaan
- Campur semua bahan menjadi bancuhan. Pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
- Celup pisang yang dibelah ke dalam bancuhan tepung.
- Panaskan minyak dan goreng pisang yang telah disalut dengan bancuhan tadi sehingga garing.
- Angkat kemudian toskan. Sedia untuk dihidang.
- Pisang goreng bijan sedap dimakan sama ada begitu sahaja atau dicicah dengan sambal kicap. Selamat mencuba!