Puding susu bakar hanya guna 4 bahan, resipi pikat selera anak musim cuti sekolah
BERSEMPENA musim cuti sekolah tidak lama lagi, pasti ramai mak-mak sudah mula pening kepala memikirkan menu apa yang ingin dimasak buat anak di rumah.
Apa kata cuba resipi puding susu bakar yang dikongsikan pembuat kandungan Ikin Saleh di TikTok ini ringkas menggunakan empat bahan sahaja.
Paling seronok, resipi ini sesuai dibuat bersama anak-anak sebagai aktiviti mengisi masa lapang sepanjang cuti sekolah nanti.
Teksturnya lembut, rasa lemak manis susu dan bahagian atas sedikit garing selepas dibakar membuatkan satu rumah tidak sabar menikmati hidangan ini.
Jom cuba buat sendiri resipi puding susu penuh aroma ini!
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- 500ml susu segar berkrim
- 2 sudu besar gula
- 45g tepung jagung
MENARIK DIBACA: Ikan kembung percik enak, juadah tradisional penuh aroma
MENARIK DIBACA: Che Nom ajar cara mudah masak siakap stim, siap ada tip bagi isi ikan lembut
Cara penyediaan
- Pecahkan telur dan ambil dua kuning telur masuk dalam mangkuk kaca.
- Tuangkan susu dalam mangkuk sama bersama gula dan tepung jagung.
- Kacau sebati bahan-bahan ini menggunakan pemukul kuih. Pastikan gula larut sepenuhnya.
- Kemudian, tapis adunan dan tuang dalam periuk untuk dimasak.
- Aduk sehingga adunan menjadi pekat.
- Asingkan untuk disimpan dalam peti sejuk selama dua jam.
- Keluarkan adunan bertukar menjadi puding tadi lalu dipotong dadu.
- Susun dalam pemanggang udara. Sapu permukaan puding dengan kuning telur dan tabur gula.
- Panggang dengan suhu 180 darjah celsius selama 20 minit. Boleh juga gunakan ketuhar dengan suhu 200 darjah celsius selama 18 minit.
- Siap untuk dinikmati!