KUALI | Pastri

Rangup di tepi lembut di tengah, ini resipi kuih penyaram tradisi Sarawak

Lead Image

KUIH penyaram atau cucur jawa antara kuih tradisional Sarawak yang popular dengan tekstur lembut dan manis.

Malah ia mempunyai bentuk unik seakan-akan corong atau bulat kecil di bahagian tengah.

Keistimewaannya terletak pada penggunaan gula merah serta teknik menggoreng perlahan yang menjadikan bahagian tepi rangup tetapi tengahnya tetap lembut.

Menerusi perkongsian pempengaruh @didapuryana, resipi kuih penyaram ini dihasilkan mengikut tradisi tetapi tetap mudah diikuti oleh mereka yang baru belajar atau tidak pernah membuatnya.

Jom Kuali kongsikan resipi lengkapnya!

Resipi kuih penyaram dihasilkan mengikut tradisi.

Bahan-bahan

Untuk air gula

  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih
  • 2–3 helai daun pandan
  • 2 cawan air

Untuk adunan tepung

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil garam

MENARIK DIBACA: Resipi apam nasi memang mudah, tersalah 'step' memang keras jadinya

MENARIK DIBACA: Rasanya kompleks tapi sedap, tak sangka 5 bahan jer nak buat masalodeh

Cara penyediaan

  1. Satukan gula merah, gula putih, daun pandan dan air dan masak sehingga gula larut. 
  2. Tutup api dan biarkan sebentar sehingga gula suam.
  3. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras dan garam.
  4. Tuang air gula sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  5. Tapiskan adunan dan perap sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman pada suhu bilik.
  6. Setelah diperap, kacau sebati adunan sebelum menggoreng.
  7. Goreng dalam minyak panas api perlahan. Angkat.
  8. Siap untuk dihidang.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Puding susu bakar hanya guna 4 bahan, resipi pikat selera anak musim cuti sekolah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Jarang ada peniaga jual, pempengaruh kongsi resipi mudah buat tepung bungkus

Terhangat