KUALI | Menu Selebriti

[V] Alah kerang-kerangan, nyawa Nadeera hampir melayang - “Kalau lambat, mungkin saya dah tak ada”

Lead Image

NYAWA penyanyi Nadeera pernah berada di hujung tanduk akibat mengalami masalah pernafasan disebabkan alahan teruk terhadap makanan laut.

Nadeera atau Farah Nadeera Zaini bagaimanapun bernasib baik apabila segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan tepat pada waktunya.

Kongsinya penyanyi berusia 32 tahun itu, dia memang mempunyai alahan terhadap makanan laut terutama jenis berkerang dan akan mendapat serangan asma yang teruk jika memakannya.

"Seingat saya kejadian ini berlaku pada 2012 apabila saya hampir kehilangan nyawa kerana alahan terhadap makanan laut jenis berkerang.

Nadeera alahan terhadap kerang-kerangan dan boleh diserang asma yang teruk.

"Kalau saya makan kerang-kerangan, saya akan kena serangan asma tapi ikan saya okey.

"Mujur saya cepat dibawa ke hospital. Kalau lambat 10 minit, memang saya dah 'tak ada' (meninggal dunia)," kata figura bertubuh genit itu.

Ekoran kejadian tersebut, pelantun Bukan Lagi Kita itu serik dan akan lebih berhati-hati terhadap makanan laut.

MENARIK DIBACA: [V] Kurang gemar ikan, Lorenzo Irmann tak pernah cuba nasi dagang

MENARIK DIBACA: Hidup influencer ini berubah selepas makan sushi, separuh wajah lumpuh dijangkiti salmonella

"Sekarang kalau makan makanan laut, saya akan berhati-hati sebab bimbang kejadian serupa akan berulang lagi," ujar penggemar masakan ayam sambal itu.

Ketika ditanya rahsia bentuk tubuhnya semakin langsing, Nadeera memberitahu mengamalkan pola pemakanan sihat seperti mengurangkan kuantiti makanan diambil serta bersenam.

Bahkan Nadeera juga terpaksa berkorban dengan mengurangkan pengambilan salah satu makanan kegemarannya iaitu ayam goreng.

Nadeera kini semakin langsing selepas mengubah pola makanannya selain bersenam.

"Kalau sebelum ini saya suka sangat ayam goreng, tapi sekarang saya kena kurangkan.

"Selain itu saya juga 'cut sugar', sebab itu saya tidak suka makan makanan manis.

"Daripada segi kuantiti juga saya kurangkan. Kalau sebelum ini memang saya makan banyak, tapi sekarang saya kena kawal untuk kesihatan," jelasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Sharifah Shahirah tak masak, serah tugas di dapur kepada pembantu dan ibu mentua

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Kurang gemar ikan, Lorenzo Irmann tak pernah cuba nasi dagang

Terhangat