KUALI | Tip & Trik

Tak pelik pun! Anak lelaki patut dibiasakan ke dapur, ini 5 cara paling berkesan

Lead Image

SEIRING dengan perubahan waktu dan zaman, tugas memasak bukan lagi eksklusif untuk golongan wanita semata-mata.

Mendidik anak lelaki 'masuk' ke dapur tidak perlu menjadi perkara pelik sebaliknya ia langkah penting membentuk generasi lebih bertanggungjawab, berdikari dan matang.

Dapur juga adalah tempat pembelajaran asas hidup, lebih-lebih lagi apabila anak lelaki memulakan kehidupan mereka sendiri tanpa keluarga di sisi.

Galak anak lelaki untuk selesa meluangkan masa di dapur demi membantuk kepribadian positif.

Dengan pendekatan yang tepat, dapur bukan lagi ruang asing, tetapi ruang pembelajaran  menyeronokkan dan bermanfaat untuk kehidupan mereka.

Pendekatan boleh diterapkan untuk menarik minat anak lelaki pelbagai antaranya dengan menjadikan sesi di dapur lebih interaktif. 

Biarkan mereka mencuba kreativiti sendiri dalam memilih bahan atau hiasan hidangan.

Berikut adalah lima kaedah mudah untuk menarik minat anak lelaki selesa dan yakin berada di dapur.

Jika ingin menarik anak lelaki untuk ke dapur, elak dari mengarah mereka.

1. Mulakan dengan tugas ringkas sesuai umur

Tidak perlu bermula dengan memasak hidangan penuh.

Ajar anak lelaki melalui tugasan mudah seperti membasuh sayur, mengacau adunan atau menyusun meja makan.

Jika anak lelaki lebih berusia, ajar langkah asas seperti memecahkan telur atau menumis bahan.

Ajar asas keselamatan seperit cara memegang pisau dan menggunakan dapur gas atau elektrik dengan selamat.

Semakin awal mereka dibiasakan, semakin natural kemahiran dapur berkembang.

Ajar anak lelaki melalui tugasan mudah seperti membasuh sayur, mengacau adunan atau menyusun meja makan.

2. Dapur ruang belajar

Jika ingin menarik anak lelaki untuk ke dapur, elak dari mengarah mereka.

Sebaliknya, ibu perlu kreatif mengubah dapur menjadi ruang eksperimen dengan kreativiti.

Biarkan anak lelaki memilih menu mudah, menentukan perasa atau menghias hidangan.

Ini membantu mereka berasa dihargai dan yakin mencuba sesuatu yang baru.

Tarik perhatian anak lelaki untuk bersama-sama lakukan kerja dapur dan memasak.

3. Tarik perhatian anak lelaki

Anak lelaki teruja dengan aktiviti berkonsepkan projek, cabaran atau kreativiti.

Cuba tarik perhatian anak lelaki menerusi pilihan menu buat sendiri menggunakan bahan mudah seperti burger.

Boleh juga ajak anak lelaki untuk turut sama bermain dengan aktiviti bertema seperti cabaran cef cilik.

Beri pujian atas pencapaian anak lelaki menyediakan hidangan pilihan mereka.

Bapa juga boleh beri contoh kepada anak untuk ke dapur bersama.

4. Tonjol contoh positif dalam keluarga

Jika ayah, abang atau ahli keluarga lelaki lain aktif di dapur, anak akan ikut.

Jangan malu untuk lakukan tugasan dapur bersama ahli keluarga lain.

Terapkan dalam keluarga, kerja dapur bukan tugasan mengikut jantina, sebaliknya kemahiran hidup yang semua orang perlu kuasai.

5. Manfaat praktikal masa hadapan

Terang pada anak lelaki bahawa kemahiran memasak membantu apabila mereka mula tinggal di asrama, bekerja jauh dari rumah atau membina keluarga sendiri.

Memasak bukan sekadar kerja rumah, tapi kemahiran hidup membolehkan anak lelaki menjaga diri, kesihatan dan masa depan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Jangan panik minyak habis, ini petua masak telur dadar guna daun pisang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Elak minyak meletup dan merecik ketika menggoreng hanya guna garam

Terhangat