KUALI | Nutrisi

Gabungan jus buah-buahan ini rahsia kulit 'glowing', campuran nanas dan betik paling sedap

Lead Image

NAK kulit cantik, cerah dan sihat bukan sekadar bergantung pada produk kecantikan semata-mata. 

Apa yang kita minum setiap hari juga memainkan peranan besar dalam menentukan kesihatan kulit dan tubuh badan.

Siapa sangka, rahsia kulit glowing dan tubuh segar sebenarnya bermula dari segelas jus buah-buahan. 

Dengan gabungan buah yang tepat, tubuh dapat menyerap nutrisi penting membantu mencerahkan kulit, melembapkan dari dalam serta menyokong sistem pencernaan yang sihat.

Campuran jus buah naga dan pisang boleh membantu menjadikan kulit lebih glowing dan sihat.

1. Buah naga + pisang

Gabungan jus buah naga dan pisang boleh membantu menjadikan kulit lebih glowing dan sihat melalui nutrisi dari dalam. 

Buah nama mengandungi Vitamin C dan sebatian seperti betakaroten yang melawan radikal bebas punca kulit kusam.

Manakala Mengandungi pelbagai antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinaran matahari. 

Campuran jus tomato dan epal membantu mencerahkan kulit dengan cara membuang sel kulit mati.

2. Tomato + epal merah

Pengambilan jus tomato dan epal merah membantu mencerahkan kulit dengan cara membuang sel kulit mati dan mengurangkan kekusaman.

Jus tomato kaya dengan likopena (lycopene), antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UV dan membantu mengecilkan liang pori.

Manakala epal pula mengandungi Vitamin C yang merangsang penghasilan kolagen untuk keanjalan kulit dan asid malik untuk eksfoliasi lembut.

 Campuran jus timun dan pir singo boleh membantu mengurangkan perut buncit dan melancarkan pencernaan.

3. Timun + pir singo

Gabungan jus timun dan pir singo boleh membantu mengurangkan perut buncit, namun kesannya lebih kepada mengurangkan kembung (bloating) dan melancarkan pencernaan bukannya membakar lemak secara drastik dalam masa singkat.

Timun mengandungi sekitar 95 peratus air yang membantu menghidrasi badan dan membuang lebihan sodium serta toksin dalam perut.

Pir singo pula adalah sumber serat yang sangat baik untuk melancarkan pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit yang menjadi punca perut kelihatan buncit.

Jus campuran lobak merah dan epal merah membantu kulit kelihatan lebih cerah, licin, dan

4. Lobak merah + epal merah

Gabungan jus lobak merah dan epal merah sememangnya berkesan untuk membantu kulit kelihatan lebih cerah, licin, dan "glowing" secara semula jadi.

Lobak merah kaya dengan beta-karoten yang ditukarkan kepada Vitamin A dalam badan untuk membantu mengawal aktiviti tyrosinase (penghasilan melanin).

Keadaan ini sekali gus mengurangkan masalah pigmentasi dan tona kulit tidak sekata.

Epal Merah pula mengandungi asid malik, iaitu agen pengelupasan semula jadi yang membantu membuang sel kulit mati untuk mendedahkan lapisan kulit yang lebih cerah.

Nanas dan betik kaya dengan Vitamin C yang meneutralkan radikal bebas akibat paparan sinar UV.

5. Nanas + betik

Gabungan jus nanas dan betik memang terbukti secara saintifik mempunyai khasiat untuk melindungi serta melembutkan kulit melalui kandungan enzim dan vitamin yang tinggi.

Kedua-dua buah ini kaya dengan Vitamin C yang meneutralkan radikal bebas akibat paparan sinar UV, sekali gus mengurangkan kerosakan sel.

Kajian menunjukkan ekstrak nanas dan betik mengandungi sebatian flavonoid yang boleh bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi dan membantu merawat gejala selaran matahari (sunburn).

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Bentuk badan macam anak dara, '5 factor diet' rahsia Megan Fox 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Sedap tak semestinya selamat, tauge boleh jadi punca jangkitan dan keguguran

Terhangat