KUALI | Tip & Trik

Daun salam bantu masalah insomnia, letak bawah bantal sebelum tidur

Lead Image

DAUN salam atau bay leaf bukan sekadar bahan biasa yang sering digunakan sebagai penyedap rasa pada masakan.

Namun hakikatnya, daun yang memiliki aroma khas ini telah digunakan sejak dahulu lagi dalam petua tradisional untuk mengatasi beberapa masalah kesihatan ringan termasuk menghalau serangga.

Selain harganya yang murah, daun salam juga lebih selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan.

Berikut Kuali senaraikan enam petua yang boleh anda perolehi daripada manfaat daun salam.

Meletakkan daun salam di sudut rumah boleh menghindari rama-rama masuk dan menyebabkan alergik pada kulit.

1. Halau rama-rama

Debu sayap rama-rama boleh menyebabkan rasa gatal pada kulit serta kerengsaan mata terutama individu yang mempunyai masalah alahan pada serangga.

Untuk menghindari rama-rama daripada masuk ke dalam rumah, letakkan daun salam di beberapa sudut di dalam rumah, termasuk dalam almari pakaian.

Aroma daun salam tidak disukai rama-rama, sekali gus menghindari serangga itu masuk ke dalam rumah.

Membakar daun salam boleh menghalau serangga seperti nyamuk, lalat dan semut.

2. Usir lalat, nyamuk dan semut

Menggunakan penyembur serangga atau lingkaran ubat nyamuk merupakan cara biasa untuk menghalau serta membunuh serangga seperti nyamuk, lalat dan semut.

Namun daun salam juga dapat membantu mengusir dan menghapuskan serangga seperti nyamuk dan lalat.

Caranya bakar beberapa helai daun salam dan biarkan asapnya menyebar ke seluruh rumah. Cara ini dapat mengusir lalat, nyamuk dan semut tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya.

Daun salam boleh menghalau kutu di dalam beras.

3. Hindari kutu beras

Pelbagai petua diketahui boleh menhindari masalah kutu dalam beras antaranya dengan menggunakan bawang putih dan cili kering.

Sebagai tambahan, daun salam juga berfungsi untuk menghindari kutu daripada membiak dan menghuni di dalam bekas menyimpan beras anda.

Caranya masukkan sehelai daun salam ke dalam bekas menyimpan beras. Aroma daun salam boleh mencegah kutu beras dan membuatkan stok makanan anda lebih bersih dan tahan lama.

Menghidu wap daun salam yang direndam dalam air panas boleh meredakan masalah selesema.

4. Melegakan selesema

Selain berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan, daun salam juga berupaya membantu anda melegakan masalah pernafasan akibat selesema.

Caranya, rendam beberapa helai daun salam ke dalam air panas lalu sedut wap yang terhasil.

Kaedah ini dapat mengurangkan masalah selesema dan melegakan pernafasan akibat hidung tersumbat.

Berendam di dalam air suam bersama beberapa helai dau salam boleh meredakan stres dan kepenatan.

5. Menghilangkan rasa penat

Rasa stres, penat dan sakit otot merupakan antara gejala yang sering dialami oleh mereka yang kuat bekerja.

Untuk kelegaan, berendamlah ke dalam air suam bersama beberapa helai daun salam.

Daun salam mengandungi minyak aroma terapi semula jadi yang membantu memberikan rasa tenang dan menghilangkan kepenatan.

Letak beberapa helai daun dalam di bawah bantal membantu anda untuk tidur nyenyak.

6. Susah tidur

Masalah sukar tidur atau insomnia yang berterusan boleh mengganggu kehidupan harian anda kerana kurangnya rehat yang cukup.

Sebagai langkah awal mengatasi masalah tersebut, cuba letakkan beberapa helai daun salam di bawah bantal sewaktu tidur.

Aroma semula jadi daun salam boleh memberikan rasa tenang sekali gus membantu anda untuk tidur lebih nyenyak dan berkualiti.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Bukan sebab perencah, rupanya ini rahsia mi segera style kedai mamak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tak tumis bawang pun tetap sedap, Martha Stewart kongsi rahsia masak pasta cara orang Itali 

Terhangat