KUALI | Nutrisi

Sedap tak semestinya selamat, tauge boleh jadi punca jangkitan dan keguguran

Lead Image

MEMANG enak dapat makan char kue tiaw basah bersama tauge rangup dalam setiap gigitan. 

Gabungan mi lembut, rasa berasap serta tekstur tauge menjadikan hidangan ini kegemaran ramai.

Namun buat penggemar char kue tiaw dengan tauge separuh masak atau mentah, ada perkara penting perlu diberi perhatian kerana ia boleh mengundang risiko kesihatan jika tidak dimasak dengan sempurna.

Tauge rangup penambah rasa buat kue tiau goreng.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), tauge merupakan antara sayur berisiko tinggi tercemar bakteria berbahaya seperti Salmonella dan E. Coli disebabkan cara penanamannya.

Tauge biasanya ditanam dalam persekitaran lembap dan bersuhu hangat sebenarnya menghasilkan suasana ideal untuk pembiakan kuman serta bakteria berbahaya tanpa disedari.

MENARIK DIBACA:Elok makan telur kalau kena bisul, bukan penyebab jangkitan lambat sembuh

MENARIK DIBACA: Quesillo mula jadi pilihan, ada beza dengan puding karamel

Kaedah memasak tauge secara ‘flash fry’ atau digoreng kilas demi mengekalkan tekstur rangup sebenarnya tidak cukup panas untuk membunuh kuman sepenuhnya.

Cara memasak seperti mencelur sekejap atau memasak separuh masak juga meningkatkan risiko jangkitan kerana bakteria masih boleh hidup dalam tauge tidak dimasak dengan baik. 

Elak dari sekadar mencelur tauge kerana bakteria tidak dibunuh dengan baik.

Golongan berisiko tinggi seperti ibu mengandung, kanak-kanak, warga emas serta pesakit dengan sistem imun rendah amat terdedah kepada komplikasi serius termasuk keracunan makanan, jangkitan teruk dan keguguran kandungan.

Walaupun tauge dimasak lembik dianggap kurang ‘surr’ atau tidak rangup, sebenarnya cara pengambilan jauh lebih selamat kerana kuman berbahaya dapat dihapuskan melalui proses memasak.

Sehubungan itu, bagi menjaga kesejahteraan kesihatan, dinasihatkan agar orang ramai untuk memberi keutamaan terhadap keselamatan makanan berbanding tekstur, terutama ketika menikmati hidangan kegemaran seperti kue tiau goreng.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Gabungan jus buah-buahan ini rahsia kulit 'glowing', campuran nanas dan betik paling sedap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Mulut bau bangkai walaupun jaga kebersihan oral, hati-hati 5 penyakit ini boleh jadi punca

Terhangat