KUALI | Menu Viral

Quesillo mula jadi pilihan, ada beza dengan puding karamel

Lead Image

SEJAK kebelakangan ini, quesillo semakin menjadi kegilaan ramai khususnya dalam kalangan pencinta pencuci mulut. 

Hidangan manis berasal dari Venezuela ini sering mencuri perhatian kerana rupanya hampir menyerupai puding karamel, lengkap dengan lapisan karamel berkilat serta tekstur lembut. 

Walaupun kelihatan hampir serupa dari segi rupa dan cara penyajian, quesillo dan puding karamel mempunyai perbezaan ketara dari aspek asal-usul, bahan, tekstur serta kaedah penyediaan.

Nama ‘quesillo’ diambil daripada perkataan Sepanyol queso yang bermaksud keju. 

Quesillo menggunakan telur dalam jumlah lebih banyak bersama susu cair dan susu pekat manis. 

Pun begitu, pencuci mulut ini sebenarnya tidak mengandungi keju. 

Nama tersebut merujuk kepada teksturnya yang mempunyai liang-liang kecil menyerupai keju berlubang. 

Sebaliknya, puding karamel tidak mempunyai asal usul khusus daripada satu negara dan terkenal di pelbagai tempat termasuk Asia dengan resipi yang sering diubah suai mengikut cita rasa tempatan.

MENARIK DIBACA: Kesilapan biasa simpan santan kotak selepas dibuka, ada cara elak ia cepat masam

MENARIK DIBACA: Berita baik menjelang Ramadan, Kerajaan kaji kemungkinan masukkan barangan basah dalam senarai Sara

Dari segi bahan, quesillo menggunakan telur dalam jumlah lebih banyak bersama susu cair dan susu pekat manis. 

Penggunaan telur yang banyak memberikan tekstur lebih padat serta rasa lebih berlemak.

Puding karamel pula lazimnya menggunakan susu dan gula dengan jumlah telur sedikit atau tanpa telur langsung. 

Puding karamel pula lazimnya menggunakan susu dan gula dengan jumlah telur sedikit atau tanpa telur langsung. 

Malah, terdapat versi puding karamel yang menggunakan agar-agar atau gelatin sebagai bahan pemekat.

Kaedah penyediaan juga membezakan kedua-dua pencuci mulut ini. 

Quesillo biasanya dimasak secara kukus atau bakar menggunakan teknik water bath iaitu bekas quesillo diletakkan di dalam bekas berisi air panas bagi memastikan masakan sekata. 

Puding karamel pula lebih mudah disediakan kerana hanya perlu dikukus tanpa teknik khas.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Rupa bentuk sama... Ketahui beza tepung pelita, kuih tako dan limas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Dubai Chewy Cookie jadi fenomena di Korea Selatan, pelanggan sanggup beratur berjam-jam

Terhangat