KUALI | Nutrisi

Mulut bau bangkai walaupun jaga kebersihan oral, hati-hati 5 penyakit ini boleh jadi punca

Lead Image

PERNAHKAH anda tertanya-tanya mengapa mulut masih berbau busuk walaupun kebersihan mulut dijaga dengan rapi?

Situasi ini mungkin pernah anda alami sendiri atau pernah berdepan dengan rakan rapat dan orang sekeliling yang mengalami masalah bau mulut busuk.

Bau mulut yang tidak menyenangkan sering dianggap sebagai isu kecil atau sekadar masalah kebersihan. 

Namun hakikatnya, jika bau yang terhasil terlalu kuat malah menyerupai bau bangkai, ia boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Berikut antara 5 penyakit yang menjadi punca jika mulut kerap berbau busuk.

Masalah jangkitan gigi dan gusi antara punca biasa mulut berbau.

1. Jangkitan gigi dan gusi

Punca paling biasa bau mulut busuk adalah jangkitan pada gigi atau gusi. 

Masalah seperti gigi berlubang, gusi berdarah atau abses gigi boleh menjadi sumber bakteria yang menghasilkan bau busuk. 

MENARIK DIBACA:Elok makan telur kalau kena bisul, bukan penyebab jangkitan lambat sembuh

MENARIK DIBACA: Quesillo mula jadi pilihan, ada beza dengan puding karamel

Bakteria ini mengeluarkan bahan sulfur yang berbau tajam seperti bangkai.

Jangkitan pada paru-paru menghasilkan bahan kimia yang dibawa keluar melalui nafas.

2. Penyakit paru-paru

Beberapa penyakit paru-paru seperti pneumonia, bronkitis kronik atau abses paru boleh menyebabkan nafas berbau busuk. 

Ini berlaku kerana infeksi atau tisu mati di paru-paru menghasilkan bahan kimia yang dibawa keluar melalui nafas.

Pesakit gerd mungkin berdepan masalah asid naik ke perut membawa bau yang tidak menyenangkan.

3. Masalah pencernaan

Gangguan sistem pencernaan terutamanya refluks asid (GERD) atau jangkitan Helicobacter pylori boleh membuatkan nafas berbau busuk atau asid. 

Ini berlaku apabila asid perut naik ke esofagus membawa bau yang tidak menyenangkan.

Pesakit diabetes jenis 2 boleh menghidapi masalah bau mulut yang serius.

4. Diabetes jenis 2

Pesakit diabetes tidak terkawal boleh menghasilkan senyawa keton (pemecahan lemak) yang menyebabkan nafas berbau manis atau busuk seperti bangkai dikenali sebagai ketoasidosis diabetik. 

Keadaan ini serius dan memerlukan rawatan segera.

Pesakit buah pinggang kronik boleh menghasilkan nafas berbau seperti urin.

5. Penyakit hati atau buah pinggang

Masalah hati dan buah pinggang juga boleh menjejaskan bau nafas seseorang.

Pesakit masalah hati kronik mungkin bernafas berbau logam kerana metabolisme terganggu. 

Sementara, masalah kegagalan buah pinggang boleh menyebabkan nafas berbau seperti urin akibat penumpukan urea dalam darah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Sedap tak semestinya selamat, tauge boleh jadi punca jangkitan dan keguguran

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Elok makan telur kalau kena bisul, bukan penyebab jangkitan lambat sembuh

Terhangat