Puasa bukan halangan beraksi, ini cara liga top dunia beri ruang pemain Muslim berbuka
SEKARANG ni, kelab-kelab top liga bola sepak di Eropah dan Amerika Syarikat boleh dikatakan dah jadi macam ‘rumah kedua’ untuk ramai pemain Muslim.
Setiap tahun bila masuk Ramadan, memang tak dapat lari dari jadual perlawanan yang padat dan kompetetif.
Walaupun perlu berpuasa, kebanyakan pemain tetap turun beraksi macam biasa dan bagi komitmen penuh.
Sebab itulah, pihak penganjur liga mula ambil pendekatan lebih fleksibel sebagai tanda hormat kepada para pemain Muslim.
Antara yang paling menarik, sekarang semakin banyak perlawanan yang dibolehkan berhenti sekejap bila masuk waktu berbuka.

England paling 'mesra Ramadan'
Di England, liga seperti Premier League dan Championship memang sudah ada garis panduan untuk bagi ruang pemain Muslim berbuka puasa.
Biasanya pengadil akan hentikan permainan sekejap bila matahari terbenam, selalunya masa bola keluar atau ada sepakan percuma.
Pemain terkenal seperti Mohamed Salah dan N'Golo Kanté pun pernah kelihatan minum air atau makan kurma cepat-cepat di tepi padang sebelum sambung main semula.

Amerika dah lama buat 'rehat khas'
Di Amerika pula, Major League Soccer sebenarnya dah lama ada konsep 'sustenance break'.
Asalnya rehat pendek ni dibuat sebab cuaca panas melampau di tempat seperti Texas dan Florida, jadi pemain boleh minum air sekejap.
MENARIK DIBACA: 8 makanan di bazar sering 'scam' pembeli, cantiknya cuma luaran
MENARIK DIBACA: Cemas campur lucu! Chef Wan perjelas insiden cuit Iddin Ramli khusyuk berdoa ketika 'live' program TV
Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai pemain Muslim beraksi, jadi rehat tu sekali gus jadi peluang untuk mereka berbuka puasa masa perlawanan berlangsung.

La Liga tetap beri peluang
Liga seperti La Liga dan Serie A pula belum ada peraturan rasmi.
Tapi biasanya pengadil dan kelab tetap bagi kelonggaran supaya pemain boleh minum atau makan sikit bila masuk waktu berbuka.
Malah ada kelab yang siap sediakan pelan pemakanan khas, ubah waktu latihan dan pantau kesihatan pemain sepanjang Ramadan supaya mereka kekal cergas.
Antara pemain Muslim dalam EPL:
Mohamed Salah (Liverpool)
Amad Diallo (Manchester United)
El Hadji Malick Diouf (West Ham)
Dango Ouattara (Bournemouth)
Djed Spence (Tottenham)
William Saliba (Arsenal)