Berbaloi berbuka di Vivatel Kuala Lumpur... Hidangan istimewa Udang Galah Masak Lemak Daun Kadok
VIVATEL Hotel Kuala Lumpur menawarkan bufet Ramadan dengan seleksi hidangan pada harga yang cukup berbaloi.
Menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk tradisional, pengunjung dapat menikmati keenakan setiap hidangan seperti masakan di kampung.
Selain kambing golek dan ikan bakar, bufet ini turut menyediakan menu istimewa dari dapur Chef Haji Ashar Daud iaitu sajian Kari Kepala Ikan dan Udang Galah Masak Lemak Daun Kadok.
Sambil menikmati hidangan di Grand Ballroom ini, pengunjung juga akan dipersembahkan dengan alunan muzik ghazal.
Jadi ini lokasi paling sesuai kalau nak berbuka puasa bersama keluarga dan kenalan tau!
Lokasi: Vivatel Hotel Kuala Lumpur
Harga:
RM108 (Dewasa) / RM68 (Kanak-kanak)
Tempoh: 21 Februari hingga 18 Mac 2026
Tempahan: +6012 208 8353
TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE KUALI
