Bau bawang kuat melekat di 'blender', guna limau selesai masalah
MUSIM bulan puasa inilah ramai yang kembali aktif di dapur untuk mengasah semula kebolehan memasak yang mungkin sudah lama ‘berkarat’.
Mana tidaknya, ada yang ingin menyediakan juadah berbuka, sahur, atau mencuba pelbagai resipi yang trending di media sosial.
Antara peralatan yang paling kerap digunakan sudah tentu mesin pengisar atau blender, sama ada untuk mengisar bawang dan cili bagi masakan harian atau menyediakan bahan kek mahupun membuat jus buah-buahan segar.
Namun, masalah yang sering dihadapi ialah bau bawang atau cili yang melekat pada blender.

Bau yang kuat ini bukan sahaja kurang menyenangkan, malah boleh menjejaskan aroma minuman atau makanan lain yang dikisar selepas itu.
Menerusi perkongsian @farzana.sajidah di Threads, terdapat cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan bau tersebut dengan hanya menggunakan buah sitrus seperti oren atau limau.
“Hilang dah bau cili kat 'blender'ku. Limau besar ni pun OK le menjadi, limau kasturi tak ada pula,” katanya.
Inil kerana kandungan asid semula jadi dalam buah sitrus membantu meneutralkan bau yang tertinggal pada bekas dan bilah pengisar.
MENARIK DIBACA: Bang Mat saran tanam nanas jika ada ruang kosong, tak perlu tunggu tanah luas
MENARIK DIBACA: [V] Rosyam Nor pernah ikat perut sebab susah, ‘makan untuk hidup’ jadi pegangan sampai sekarang
Jom Kuali kongsi cara-caranya:
- Potong sebiji buah oren kepada empat bahagian.
- Masukkan sedikit air ke dalam blender.
- Kisar selama kira-kira dua minit sehingga bau bawang atau cili hilang
- Bilas bekas dengan air bersih sehingga tiada sisa buah yang tertinggal.