Teknik mudah simpan daun ketumbar guna balang... Beli seikat tahan sebulan, aroma kekal segar
DAUN ketumbar sememangnya menjadi pilihan ramai untuk dimasukkan dalam masakan kerana aromanya membangkit selera.
Tapi masalah utama muncul apabila daunnya mudah layu, justeru sayuran ini tidak boleh dibeli dalam kuantiti banyak, bimbang terbazir begitu sahaja.
Ada yang cuba cara simpan dengan membekukannya, tetapi rasa, kesegaran dan teksturnya dikatakan kurang memuaskan.
Tapi jangan risau, ada satu lagi tip mudah untuk simpan daun ketumbar kekal segar sehingga sebulan!
Teknik ini dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, idzyanismai
MENARIK DIBACA: Kesilapan biasa simpan santan kotak selepas dibuka, ada cara elak ia cepat masam
MENARIK DIBACA: Hanya sembur 3 kali sehari, toner DIY cengkih dan air beras bantu serikan wajah

1. Balang plastik bersih
Gunakan balang plastik bersih dan bertutup yang sesuai untuk simpanan di peti ais.

2. Masukkan air
Tuangkan sedikit air di dalam balang dan pastikan hanya akar pokok sahaja yang terkena air.
Batang dan daun jangan sampai basah kerana boleh menyebabkan ia cepat layu atau berkulat.

3. Tutup rapat dengan plastik
Selepas letak daun ketumbar, tutup bekas dengan plastik tambahan sebelum ditutup sekali lagi dengan penutup balang. Ini penting untuk mengekalkan kelembapan dan aroma daun.

4. Simpan dalam peti ais
Letakkan balang di bahagian paling sejuk peti ais misalnya di rak atas. Elakkan meletaknya di tepi peti ais berhampiran dispenser air kerana suhu tidak konsisten.
Dengan teknik ini, daun ketumbar akan kekal segar dan wangi dan anda boleh mengambil terus untuk masakan tanpa perlu risau ia layu.
Teknik ini sangat sesuai untuk anda yang suka masak dengan herba segar tanpa perlu kerap pasar semata-mata untuk beli daun ketumbar.
