Serik kejadian lalu, wanita kini lebih tenang selepas letak label pada tong gas
SETIAP penghuni pasti ada cara tersendiri dalam menguruskan barang-barang dapur, termasuk penggunaan tong gas.
Namun seorang wanita di Instagram mencuri perhatian apabila dia berkongsi tentang segelintir individu yang meletakkan label tarikh pada tong gas di rumah.
Menerusi akaun miliknya, lamanteduh.house, dia menceritakan bagaimana amalannya itu sebelum ini dipandang remeh, namun sebenarnya memberi manfaat besar dalam pengurusan dapur harian.
Kongsinya, antara sebab utama dia meletakkan tarikh pada tong gas adalah untuk memudahkan dirinya mengingati bila kali terakhir gas ditukar.

“Kadang rasa baru je tukar, tapi sebaliknya sudah sebulan lebih,” kongsinya.
Dengan hanya satu catatan ringkas pada tong, dia dapat memantau tempoh penggunaan dengan lebih jelas tanpa perlu bergantung kepada ingatan semata-mata.
Selain itu, kaedah ini juga membantu mengesan jika gas habis terlalu cepat daripada kebiasaan.
Katanya, gas cepat habis tidak semestiya kerana kerap memasak sebaliknya boleh berpunca daripada pengatur gas longgar, paip lama atau kebocoran kecil tidak disedari.
Tambahnya lagi, pengurusan tong gas bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan aspek keselamatan.
MENARIK DIBACA: Tak sangka! 3 hidangan mewah ini pernah jadi makanan ‘marhaen’
MENARIK DIBACA: Wanita putus selera dapat ‘onion ring’ kecut, minta penjual ikhlas berniaga
Apabila tempoh penggunaan tidak seperti biasa, secara automatik kita akan menjadi lebih peka dan segera membuat pemeriksaan tanpa perlu menunggu sehingga terhidu bau gas kuat.
Wanita ini turut berkongsi pengalaman cemas pernah dilaluinya.
Katanya, satu ketika dahulu gas tiba-tiba habis semasa dia sedang memasak untuk ahli keluarga yang ramai.
Semua bahan sudah tersedia, namun dapur tidak dapat digunakan.

“Dah tak fasal kena guna ‘alarm suami’ laju-laju. Masa tu memang kelam-kabut sebab tak ada pengalaman,” ujarnya berseloroh.
Insiden tersebut membuatkan dia lebih bersedia dan tidak lagi mengambil mudah soal stok gas di rumah.
Kini, dia menyimpan tiga tong gas di rumah sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurutnya, perkara ni mungkin dianggap kecil bagi sesetengah orang tetapi sebenarnya sangat membantu dalam jangka masa panjang.
