Wanita kembang tekak, makan kek coklat dakwa jumpa ulat tergantung
KEJADIAN penemuan benda asing dalam makanan yang dibeli sering dikongsikan di media sosial.
Terbaharu, seorang wanita berkongsi kejadian sama selepas mendakwa menemui ulat yang masih hidup dalam kek coklat yang dibeli dari sebuah kedai.
Menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya, wanita tersebut memberitahu, kek coklat berlapis itu dibeli dari sebuah kedai serbaneka yang terkenal dengan harga barang berpatutan.

"Saya makan macam biasa, lepas tu nampak macam ada benda tergantung.
"Tak sangka pula ulat ada dalam kek coklat berlapis tu. Adoi!" kongsinya.
Dalam sebuah video yang dikongsikan, kelihatan jelas terdapat seekor ulat berwarna merah jambu keluar dari celahan kek coklat yang telah dimakan separuh.
MENARIK DIBACA: Pasukan Lotus's Malaysia menang besar di Thailand Ultimate Chef Challenge, tewaskan 400 cef seluruh Asia
MENARIK DIBACA: [V] Ikut bapa berniaga sejak kecil, Donna Muslim sambung bisnes popia keluarga
Lebih membuatkan wanita itu hairan, tarikh luput kek coklat tersebut adalah pada tahun 2027.
Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang masing-masing kesal dengan dakwaan insiden itu.
Ramai turut mencadangkan supaya wanita berkenaan mengambil tindakan dengan membuat aduan ke pihak bertanggungjawab, selain memaklumkan perkara ini kepada pengilang.

"Besarnya ulat! Jadi kembang tekak dibuatnya.
"Di belakang plastik ada alamat syarikat pengilang, terus hubungi mereka atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Hubungi pihak pengilang, nanti mereka akan gantikan dengan sesuatu," demikian antara saranan netizen.