info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Satu keturunan tak boleh makan! Ramai kongsi senarai 'makanan larangan' dalam keluarga

Lead Image

"JANGAN makan nanti jadi apa-apa!"

Itulah antara pesan turun-temurun yang masih dipegang sesetengah keluarga dalam masyarakat Melayu hingga hari ini meskipun generasi muda menganggapnya sekadar kepercayaan lama.

Perkongsian seorang individu di Threads mengenai pantang larang makanan dalam keluarganya mengundang perhatian apabila ramai netizen tampil berkongsi pengalaman hampir sama.

Menurut individu berkenaan, keluarga sebelah arwah bapanya terutama datuk dan nenek sering berpesan supaya anak cucu mengelak makan beberapa jenis makanan.

"Tak tahu kenapa famili sebelah arwah abah terutama arwah atuk dan nenek pesan kat anak cucu cicit dia supaya elakkan dan jangan makan benda alah ni.

Seorang lelaki mencetus perhatian di Threads apabila mempersoalkan pantang larang makanan dalam keturunan keluarganya.

"Jangan langgar pantang larang, ingat tu sampai bila-bila. Kerbau balau, ikan tapah, pisang merah, pisang kembar antara yang jangan dimakan. Ada sesiapa macam tu juga ke?" kongsinya.

Perkongsian ringkas itu pantas menarik perhatian netizen yang rata-ratanya turut berkongsi kisah pantang larang dalam keluarga masing-masing.

Ada yang berpendapat larangan tersebut mungkin berpunca daripada sejarah alahan dalam keturunan keluarga terdahulu.

MENARIK DIBACA: Nelydia akui suami lebih handal masak, selalu buat kejutan - "Dia yang jaga perut saya"

MENARIK DIBACA: Aliff Syukri kongsi cara masak cumi 'style' Indonesia, katanya 'sumpah sedap'!

"Bukan apa pun, puncanya orang dulu-dulu dia makan jadi alah, naik alergik ke apa ke, lepas tu nasihat pada anak cucu jangan makan sebab darah yang mengalir dalam badan sama jadi risau alah juga," tulis seorang netizen.

Tidak kurang juga yang mengaitkan larangan makan ikan tapah dengan legenda sumpahan Pak Kaduk yang cukup terkenal di Perak.

"Larangan makan ikan tapah berkait rapat dengan kisah legenda sumpahan Pak Kaduk yang terkenal di negeri Perak.

"Ayamnya menang tetapi kampung tergadai akibat ditipu, lalu dia bersumpah tidak akan menyabung lagi dan mengharamkan keturunannya daripada makan ikan tapah," dakwa seorang pengguna media sosial.

Netizen turut berkongsi pengalaman keluarga.

Malah, ada netizen berkongsi pengalaman ahli keluarga jatuh sakit selepas melanggar pantang tersebut.

"Memang ada. Macam ayah saya ada pantang satu ikan ni. Mak saya pernah cerita macam tak percaya benda macam ni.

"Dia masak ikan tu buat kari. Malam tu juga masuk 'emergency' HKL. Sejak dari tu memang mak tak berani nak beli ikan tu," kongsi seorang individu.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen.

Selain ikan tapah, pisang merah atau lebih dikenali sebagai pisang raja udang turut disebut sebagai antara makanan yang dipercayai tidak boleh dimakan keturunan tertentu.

Sementara itu, ada juga pengguna media sosial mengakui keluarganya masih berpegang pada pantang larang berkaitan kerbau balau.

"Family belah mak saya pun sama. Tak boleh makan kerbau balau. Ada seorang pakcik saya tak percaya then dia cuba makan, lepas tu kulit dia kena sopak macam putih-putih tu," komen netizen.

Apa pun kepercayaannya, perkongsian tersebut menunjukkan pantang larang tradisi masih kuat dalam masyarakat Melayu dan terus menjadi sebahagian daripada cerita turun-temurun dalam sesebuah keluarga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Musang King tersenarai antara buah tropika terburuk dunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pantri berbau, cawan tak basuh... Wanita bengang hadap perangai rakan sekerja lelaki pengotor

Terhangat