Pantri berbau, cawan tak basuh... Wanita bengang hadap perangai rakan sekerja lelaki pengotor
SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang dengan sikap rakan sekerja lelaki di pejabatnya yang didakwa pengotor dan tidak menjaga kebersihan di ruang pantri.
Menerusi hantaran di Threads, wanita berkenaan berkongsi keadaan di pantri pejabatnya dipenuhi cawan kotor yang dibiarkan begitu sahaja dan bersepah.
"Budak pejabat aku semua banyak lelaki, jadi kau faham-faham je la. Masuk je pejabat penuh bau-bau jantan dalam ni.
"Kadang-kadang tu ada nasi bungkus tak terbuang dekat pantri sampai berlalat 'plus' tak berbasuh," tulisnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama di tempat kerja.
Ada yang mencadangkan supaya cawan dan peralatan makan yang tidak dibasuh dibuang secara senyap bagi memberi pengajaran kepada individu terlibat.

"Saya ada tip. Saya buat dulu-dulu dekat pejabat lama. Saya buang semua cawan tu tapi buat senyap-senyap," kata seorang netizen.
Selain itu, ada juga yang menyarankan supaya notis peringatan ditampal di kawasan singki, tong sampah dan tandas bagi meningkatkan kesedaran tentang kebersihan.
"Senyap-senyap kau 'print' dan tampal mesej peringatan dekat area singki, tong sampah dan tandas. 'Laminate' siap-siap. Buat lebih mana tahu ada yang koyak dan buang nanti, kau tampal balik. Sekurang-kurangnya kalau diaorang baca mesti pelan-pelan berubah.
MENARIK DIBACA: 'Port' makan di Indonesia jadi bualan! Ramai rela bayar mahal, tolak 'street food' - "Cirit, muntah baru kau tahu langit tinggi rendah"
MENARIK DIBACA: Cepat letih, stamina lemah! Ini 5 makanan baik untuk lelaki ada 'isu' hormon testosteron
"Kat pantri pejabat saya bos letak notis ‘tiada makanan atas meja selepas 4 petang’ dan ‘bekas makanan yang dibiarkan di dalam singki akan terus dibuang’. Setakat ni berkesan la," antara komen warganet.
Malah, ada yang berpendapat sikap tidak membasuh cawan dan pinggan mangkuk di pejabat menggambarkan tabiat sama individu itu di rumah.

"Jenis tak basuh cawan mesti dekat rumah pun macam tu. Buang je semua cawan tu," komen seorang netizen.
Dalam pada itu, beberapa individu yang pernah bekerja di bahagian sumber manusia (HR) berkata isu kebersihan tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan keselesaan pekerja lain.
"Masa saya jadi HR (sumber manusia), bila dapat 'report' saya terus tegur dalam 'group' dan kalau tak pun saya bebel. Menyampah tu memang menyampah tapi daripada hadap orang pengotor," ujar seorang wanita.
Seorang lagi netizen turut mencadangkan agar isu tersebut dilaporkan kepada pihak pengurusan dan ketua jabatan.
"Lapor HR sekali dengan bos, pengotor kot. Jenis dekat rumah memang tak pernah nak ambil dan cuci sendiri kot. Ingat orang dekat situ bibik kau ke," seorang lagi warganet memberi komen.