info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Selepas 11,000 kes keracunan makanan, ketua program makanan percuma dipecat

Lead Image

GARA-gara kerap berlaku kejadian keracunan makanan sehingga membabitkan ribuan pelajar sekolah, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memecat Ketua Badan Gizi Nasional (BDN), Dadan Hindayana.

Pemecatan Dadan yang juga merupakan pakar entomologi itu turut membabitkan siasatan pihak berkuasa atas dakwaan penyelewengan.

Menurut laporan, BBC News Indonesia, program yang dicetuskan oleh Prabowo itu dilanda pelbagai kontroversi membabitkan isu keracunan makanan dan dakwaan rasuah sejak dimulakan pada Januari tahun lalu.

Sebanyak 11,000 kes keracunan makanan membabitkan Program Makanan Gratis dilaporkan pada tahun lalu.

Laporan tersebut menyebut, program berkenaan membekalkan makanan kepada lebih 61 juta penduduk setakat Mac 2026 dengan keutamaan terhadap pelajar dan golongan rentan, namun puluhan ribu murid dilaporkan sakit sejak ia dijalankan.

Ekoran tindakan pemecatan itu, kedudukan Dadan yang sudah menerajui agensi itu sejak ditubuhkan, diganti oleh timbalannya, Nanik Sudaryati Deyang.

Selain Dadan, dua timbalannya, Lodewijk Pusung dan Soy Sonjaya turut dipecat dan digantikan dengan Agustina Arumsari dan Mejar Jeneral Trenggono.

MENARK DIBACA: [V] Alicia Amin terpaksa belajar masak sebab rindu masakan Malaysia, tak sangka asam pedas 'tak cukup bahan' menjadi!

MENARIK DIBACA: Bergelut nak berhenti merokok? Cuba buat minuman susu kayu manis, bantu kurangkan ketagih

Sementara itu, Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi ketika ditemui pemberita memberitahu, Prabowo memutuskan untuk melakukan perubahan terhadap kepimpian Badan Gizi Nasional sambil memetik faktor kualiti makanan antara kebimbangan utama.

Sebelum ini, beberapa pihak menggesa program makanan berkhasiat percuma itu ditangguhkan serta-merta ekoran isu kebersihan dan dakwaan salah laku rasuah.

Tahun lalu, Dadan memaklumkan kepada Parlimen bahawa program itu menjadi punca kepada 11,000 kes keracunan makanan dengan lebih 600 mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital.

Terdapat laporan menyebut makanan yang disediakan dianggap tidak layak untuk murid sekolah.

Prabowo dalam satu kenyataan turut mengakui kewujudan masalah berkenaan dan berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Ketika ini, lebih 20 peratus kanak-kanak di Indonesia terkesan dengan masalah bantut akibat kekurangan zat makanan yang teruk.

Bagaimanapun, peruntukan bajet program berkenaan menjadi antara terawal yang dipotong berikutan langkah Jakarta untuk mengimbangi impak ekonomi akibat peperangan di Asia Barat. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pantri berbau, cawan tak basuh... Wanita bengang hadap perangai rakan sekerja lelaki pengotor

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Suka-suka cuba resipi Khairul Aming, pelajar raih hampir RM1,000 hasil jual puding karamel

Terhangat