info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

'Defrost' ayam cara mudah guna garam... Lepas 30 minit dah boleh masak, isi lebih lembut

Lead Image

STRES rasanya kalau terlupa nak keluarkan ayam dari peti sejuk beku lebih awal, satu hal pula nak menunggu bahan mentah itu lembut sebelum boleh dimasak.

Berdepan situasi sebegitu, ramai akan mencari petua untuk menyahbekukan ayam dengan pantas, khususnya yang tidak mempunyai ketuhar gelombang mikro (microwave).

Jangan risau, sebenarnya ada satu petua mudah yang boleh dicuba iaitu dengan merendam ayam beku di dalam air yang dicampur sedikit garam.

Menerusi satu perkongsian di laman Threads, kaedah tersebut dikatakan bukan sahaja membantu mempercepatkan proses mencairkan ais, malah menjadikan tekstur ayam lebih lembut dalam tempoh kurang 30 minit.

Dari sudut sains makanan, kaedah ini dikenali sebagai 'brining' (rendaman air garam) dan bukannya proses nyahbeku (thawing) semata-mata.

Garam membantu mengubah struktur protein dalam tisu otot ayam sekali gus menyebabkan otot menjadi lebih relaks. 

Garam membantu mengubah struktur protein dalam tisu otot ayam sekali gus menyebabkan otot menjadi lebih relaks. 

Keadaan itu menjadikan tekstur ayam lebih lembut berbanding sebelum direndam.

Berikut dikongsikan cara mudah untuk menyahbekukan ayam menggunakan teknik ini:

MENARIK DIBACA: Tepung ubi ganti bedak! Wanita kongsi petua rawat ruam bayi, rupanya ramai guna cara sama

MENARIK DIBACA: Mudah sangat buat jeli kelapa muda... Lebih segar, terasa keaslian berbanding beli di kedai

1. Masukkan ayam beku dalam bekas atau periuk jenis 'stainless steel' atau aluminium.

2. Tuang air paip sehingga keseluruhan ayam tenggelam kemudian tambah garam, kira-kira segenggam.

3. Tutup bekas dan biarkan seketika sekurang-kurangnya 30 minit.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Letak coklat gelap rahsia kuah bolognese sedap luar biasa, petua cef Itali

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Tepung ubi ganti bedak! Wanita kongsi petua rawat ruam bayi, rupanya ramai guna cara sama

Terhangat