info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Letak coklat gelap rahsia kuah bolognese sedap luar biasa, petua cef Itali

Lead Image

BOLOGNESE merupakan sejenis sos pasta yang digemari ramai dengan rasanya masam, manis unik yang membangkitkan selera.

Sos yang berasal dari wilayah Bologna, Itali ini juga terkenal kerana tomato segar sebagai bahan utama untuk memperkuatkan lagi rasanya.

Tambah enak jika bolognese ditambah protein daging cincang atau bebola daging untuk membangkitkan rasa lebih 'juicy' dan enak dikunyah.

Bagi cef di Itali, mereka sebenarnya memiliki satu rahsia yang tidak diketahui ramai untuk menjadikan kuah bolognese lebih enak daripada biasa.

Sos bolognese diperbuat daripada tomato.

Caranya dengan menambah sedikit coklat gelap ke dalam kuah bolognese.

Walaupun kedengaran pelik, namun penggunaan coklat gelap berfungsi sebagai bahan mengimbang rasa yang mampu memberikan keunikan baharu pada hidangan tanpa menambah rasa manis pada masakan.

Coklat gelap mengandungi rasa pahit yang lembut hasil pemanggangan biji koko. 

Apabila dimasukkan dalam kuantiti kecil ke dalam kuah bolognese yang sedang dimasak perlahan, ia membantu menyerlahkan rasa daging dan tomato tanpa mengubah identiti asal sos tersebut.

MENARIK DIBACA: Kedai tutup sekejap untuk solat Jumaat, pelanggan beri reviu buruk sebab tak letak notis

MENARIK DIBACA: [V] Adi Putra rindu sambal sotong hitam air tangan ibu, pandai masak sendiri tapi tak sama enak

Cef berpengalaman khususnya dari Itali sering menggunakan teknik ini bagi menghasilkan rasa yang lebih kaya pada setiap suapan.

Selain itu, coklat gelap yang dimasukkan ke dalam bolognese juga membantu untuk mengurangkan keasidan pada tomato.

Sesetengah tomato mempunyai tahap keasidan yang agak tinggi sehingga boleh menyebabkan rasa sos menjadi terlalu tajam.

Di sinilah coklat gelap memainkan peranannya.

Kandungan koko membantu melembutkan keasidan tomato dan mewujudkan keseimbangan rasa tanpa perlu menambah gula.

Coklat gelap juga boleh mengurangkan keasidan tomato pada sos bolognese.

Selain mempengaruhi rasa, coklat gelap juga membantu memberikan tekstur yang lebih licin dan pekat kepada kuah bolognese.

Apabila coklat gelap cair sepenuhnya dalam kuah yang sedang mereneh, ia boleh menghasilkan sos yang lebih pekat dengan tekstur berkrim dan beraroma.

Bagi mendapatkan hasil terbaik, cef biasanya menggunakan coklat gelap yang mempunyai kandungan koko sekitar 70 peratus atau lebih.

Cukup sekadar menambah satu hingga dua petak kecil coklat ke dalam periuk pada 10 hingga 15 minit terakhir proses memasak.

Kuantiti yang terlalu banyak boleh menyebabkan rasa coklat menjadi terlalu dominan dan menenggelamkan rasa asli bolognese.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Tak sekadar harum, lambat basi... Masak nasi letak bawang putih bantu buang angin dalam badan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

'Defrost' ayam cara mudah guna garam... Lepas 30 minit dah boleh masak, isi lebih lembut

Terhangat