info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Tepung ubi ganti bedak! Wanita kongsi petua rawat ruam bayi, rupanya ramai guna cara sama

Lead Image

GOLONGAN ibu biasanya akan mencuba pelbagai cara untuk memastikan si kecil kekal selesa, terutamanya apabila berdepan masalah ruam.

Sama ada ikhtiar melalui perubatan moden mahupun tradisional, selagi kaedah itu selamat dan berkesan, ia pastinya menjadi pilihan ibu bapa.

Perkongsian seorang wanita di Threads mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi petua yang diamalkan, dipercayai membantu mengatasi masalah ruam pada bayi menggunakan tepung ubi kayu.

Menurut wanita itu, petua tersebut diperoleh daripada ahli keluarga mentua dan sehingga kini masih digunakan apabila anaknya mengalami ruam pada bahagian tertentu badan.

"Bayi baru lahir naik ruam macam ni, saya pakai tepung ubi je terus hilang, tip daripada keluarga mentua.

Wanita itu berkongsi pengalaman apabila tepung ubi didapati serasi dengan anaknya.

"Sampai besar sekarang pun asal ruam je dekat mana-mana saya terus letak tepung ubi dan 'surprise' memang hilang ya.

"Kalau dekat muka basahkan sikit tampal-tampal (sapu) dan dekat bontot atau celah-celah buat macam bedak," kongsinya.

Bagaimanapun, wanita berkenaan menegaskan bahawa dia sekadar berkongsi pengalaman peribadi dan keserasian kaedah itu dengan kulit anaknya.

"Saya kongsi sebab serasi dengan anak saya. Kalau cuba sekali dan nampak apa-apa kesan tak menyenangkan jangan teruskan. Mungkin tak serasi dengan 'baby' awak," jelasnya.

MENARIK DIBACA:  [V] Ramai risau tengok lelaki berdiri tunggang motosikal, angkut timbunan guni ais batu

MENARIK DIBACA: Jangan langgar pantang larang ini masa goreng bendi! Barulah tak lembik, berlendir

Perkongsiannya itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang memberitahu mereka turut menggunakan tepung ubi pada bayi terutamanya selepas mandi dan setiap kali menukar lampin.

Antara komen di Threads.

"Setiap kali lepas mandi dan tukar 'diaper' saya akan guna tepung ubi. Tak pernah tinggal demi keselesaan anak," kata seorang warganet.

Sebahagian netizen pula berpendapat tepung ubi lebih selamat berbanding bedak talkum yang didakwa mengandungi bahan kimia.

"Lagi bagus tak ada bahan kimia bahaya macam talkum yang ada dalam hampir semua jenis bedak," komen seorang lagi netizen.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama menggunakan tepung ubi untuk merawat kemerahan pada bahagian seperti punggung, celah paha dan leher bayi.

"Sama, merah-merah kat buntut, celah kangkang, leher semua hilang sapu ni je. Orang Terengganu panggil tepung kanji," kongsi netizen lain.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

'Defrost' ayam cara mudah guna garam... Lepas 30 minit dah boleh masak, isi lebih lembut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Dah cuba banyak tip, nasi dimasak tetap cepat basi! Netizen kongsi petua, ada kait dengan mistik

Terhangat