KUALI | Tip & Trik

Pilih cili kering sesuai masakan antara masalah besar kaum ibu, boleh cuba 'ilmu' ini

Lead Image

DALAM dunia dapur, penggunaan cili kering dalam masakan tak boleh diambil mudah kerana jika tersilap pilih, berair mata seisi keluarga. 

Pemilihan cili kering yang betul juga penting untuk membantu menambah keenakan masakan, terutamanya sambal. 

Kekeliruan memilih cili kering yang sesuai sebenarnya menjadi salah satu masalah besar kaum ibu kerana warna merah dan fizikalnya hampir sama tetapi setiap satu jenis menghasilkan rasa berbeza.

Ada yang warna merah menyala tetapi kepedasannya biasa-biasa saja dan ada juga yang pedas berapi walau cuma dua, tiga tangkai cili digunakan.

Nak pilih cili kering pun perlu ada ilmu.

Seorang pengguna di Threads turut berdepan masalah sama.

"Hello mak-mak di Threads, tolong pilih cili ni sat. Mana satu pedas, mana tak pedas dan pedas-pedas manja. 

"Saya dah tua-tua ni selalu keliru. Pernah terbeli pedas sampai tak boleh makan langsung," katanya.

Pertanyaannya itu mengundang perhatian ramai, khususnya dalam kalangan kaum ibu yang sudah lali dengan selok belok cili kering di pasaran sekali gus tampil berkongsi tip dan maklumat.

MENARIK DIBACA: Martabak cecah bawang jeruk 'dipersoal', peminat tegar mesti tahu memang dah lama wujud

MENARIK DIBACA: Puasa di udara lebih mencabar! Juruterbang kongsi tip sahur supaya kekal bertenaga

Menurut beberapa pengguna, antara cara paling mudah adalah melihat pada bentuk fizikal cili kering tersebut. 

"Cili kering berbentuk gemuk dan lebih besar kebiasaannya kurang pedas, sesuai untuk masakan seperti sambal tumis atau kuah mahukan warna merah cantik tanpa ‘membakar’ lidah.

Tip memilih cili kering mengikut tahap kepedasan. Foto : Threads

"Cili kering halus dan kerinting selalunya lebih pedas.

"Cili terlalu kering dan berkilat lebih pedas menyengat. Kalau tekstur lembut biasanya tak pedas sangat," demikian antara komen netizen.

Selain itu, ada juga yang menyarankan agar wanita itu membuang biji dan merendam cili kering lebih lama sebelum dikisar bagi mengurangkan kepedasan. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

11 tip memasak pernah dikongsi artis, chef... Peminat ingat dan amalkan sampai sekarang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Gigi kuning mampu putih dengan bantuan 3 bahan dapur, bukan cuma bersih nafas pun lebih segar

Terhangat