Patutlah kulit orang Indonesia mulus, tempe mampu cegah masalah jerawat
TEMPE bukan sahaja sumber protein yang baik tetapi sedap kalau dimakan bersama ayam gepuk atau ayam penyet.
Harganya pula berpatutan dan tidak hairan makanan asal Indonesia ini semakin menjadi pilihan ramai.
Walaupun dianggap hidangan harian biasa, tempe sebenarnya menyimpan pelbagai khasiat tersembunyi untuk kesihatan tubuh.
Makanan diperbuat daripada kacang soya ini diperam menggunakan kulat menjadikannya kaya protein dan mudah dicernakan.
Nutrien penting terhasil daripada proses fermentasi, tempe bukan sahaja membantu mengekalkan keseimbangan hormon tetapi menyokong sistem pencernaan serta mengurangkan risiko masalah kesihatan tertentu.
Berikut antara manfaat pengambilan tempe secara harian;

1. Mencegah simptom putus haid
Wanita yang melalui fasa menopaus atau putus haid biasanya mengalami penurunan tahap hormon estrogen.
Keadaan ini boleh meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, tulang rapuh, jangkitan saluran kencing, kenaikan berat badan dan gangguan kesihatan lain.
MENARIK DIBACA: Teknik siram kepala guna air kopi kuatkan akar dan rambut bertambah lebat!
MENARIK DIBACA: Boleh jadi racun pada tubuh, doktor perjelas sebab makan buah kena buang bijinya
Kajian yang dijalankan dalam kalangan masyarakat Asia di negara seperti Jepun, China, Indonesia dan Korea mendapati pengambilan makanan berasaskan kacang soya adalah agak tinggi.
Tempe kaya dengan isoflavon dipercayai dapat membantu mengurangkan simptom tidak selesa seperti pedih ulu hati serta gejala lain yang sering dialami oleh wanita selepas putus haid.

2. Membantu mengurangkan jerawat
Pengambilan tempe secara konsisten boleh membantu tubuh menghasilkan hormon estrogen dengan lebih seimbang yang membantu dalam mengawal masalah jerawat.
Selain itu, kandungan mineral seperti selenium dan magnesium dalam tempe turut membantu melawan radikal bebas sekali gus menyokong kesihatan kulit.

3. Mengurangkan risiko parkinson
Penyakit parkinson melibatkan kerosakan pada sistem saraf.
Tempe mengandungi niasin (vitamin B3) berfungsi membantu pembaikan sel serta menyokong kesihatan saraf.
Pengambilan niasin secara mencukupi turut membantu penurunan risiko masalah seperti kemurungan, keletihan dan anemia di samping menyokong kesihatan otak secara keseluruhan.

4. Menyokong kesihatan usus
Tempe kaya dengan serat dan probiotik hasil daripada proses fermentasi.
Probiotik ini membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usu, sekali gus memperbaiki sistem pencernaan dan menyokong kesihatan usus secara menyeluruh.

5. Menjaga kesihatan tulang
Kandungan kalsium dan vitamin K yang tinggi menjadikan tempe sebagai salah satu makanan terbaik untuk pembentukan dan kekuatan tulang.
Proses fermentasi dalam pembuatan tempe juga membantu mengurangkan bahan anti-nutrien serta meningkatkan penyerapan nutrien penting oleh tubuh.