KUALI | Nutrisi

Daun kesum boleh hilangkan kelemumur, bantu cegah penuaan

Lead Image

DAUN kesum atau nama saintifiknya polygonum minus merupakan sejenis tumbuhan herba cukup dikenali kerana aromanya yang wangi.

Tumbuhan yang hidup di iklim tropika terutama di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam sering dijadikan ulam atau bahan dalam masakan seperti asam pedas dan laksa.

Selain dikenali dengan rasa masam berlemak dan beraroma wangi, daun kesum juga kaya dengan pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh.

Antara masakan yang menggunakan daun kesum seperti asam laksa dan asam pedas.

Kajian dijalankan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati, kesum mentah atau yang telah dimasak telah digunakan dalam rawatan gangguan pencernaan, manakala rebusan dan minyak daun ini boleh mengatasi masalah kelemumur.

Bahkan daun kesum juga mempunyai beberapa ciri baik seperti kandungan antioksidan yang tinggi, antimikrob, anti-keradangan, anti-kedutan dan meningkatkan daya ingatan yang dibuktikan secara saintifik oleh para penyelidik di Malaysia.

Antara kelebihan lain daun kesum adalah seperti berikut;

Daun kesum membantu melancarkan pencernaan dan makanan tidak hadam.

1. Melancarkan pencernaan

Daun kesum dapat melancarkan sistem penghadaman selain membantu mengatasi masalah kembung perut dan mencernakan makanan tidak hadam.

Kandungan antioksidan pada daun kesum mampu mengurangkan risiko serangan jantung.

2. Melawan radikal bebas 

Kandungan antioksidan pada daun kesum berupaya melawan radikal bebas sekali gus mengurangkan risiko penyakit kronik seperti serangan jantung.

Kandungan vitamin A dan C membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh dan membantu badan melawan jangkitan.

3. Meningkatkan sistem imunisasi

Daun kesum kaya dengan kandungan vitamin A dan C yang membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh dan membantu badan melawan jangkitan.

Namun pengambilan daun kesum perlu diamalkan secara sederhana.

Daun kesum bermanfaat mengembalikan tenaga wanita selepas bersalin dan mengecutkan rahim.

4. Melancarkan kitaran haid 

Khasiat daun kesum juga membantu mengembalikan tenaga wanita selepas bersalin dan membantu mengecutkan rahim, mengurangkan keputihan dan melancarkan haid.

Daun kesum bersifat antioksidan dan bersifat antipenuaan.

5. Mencegah penuaan

Kandungan antioksidan pada daun kesum juga membantu mencegah penuaan kulit selain membantu mengatasi masalah kulit seperti panau.

Kandungan mineral penting seperti kalsium dan fosforus membantu membina tulang yang kuat dan sihat.

6. Menguatkan tulang

daun kesum dikatakan baik untuk tulang kerana kaya dengan mineral penting seperti kalsium dan fosforus untuk membina tulang yang kuat dan sihat.

Kelebihan lain daun kesum membantu meningkatkan tenaga dan mengatasi masalah keletihan.

7. Meningkatkan stamina

Dalam perubatan Melayu tradisional, daun kesum dikatakan dapat membantu meningkatkan tenaga dan mengatasi masalah keletihan.

Melumur daun kesum yang ditumbuk pada kulit kepala membantu mengatasi masalah kelemumur.

8. Menghilangkan kelemumur

Selain melazatkan masakan, daun kesum juga mampu mengatasi masalah kelemumur pada kulit kepala. 

Caranya tumbuk beberapa helain daun kesum kemudian lumur pada kulit kepala. Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Patutlah kulit orang Indonesia mulus, tempe mampu cegah masalah jerawat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Teknik siram kepala guna air kopi kuatkan akar dan rambut bertambah lebat!

Terhangat