Teknik siram kepala guna air kopi kuatkan akar dan rambut bertambah lebat!
SIAPA sangka secawan kopi bukan sahaja membangkitkan semangat di pagi hari malah boleh menjadi rahsia mendapatkan rambut lebih sihat, tebal dan berkilau!
Selain aroma dan rasa menyegarkan, kopi yang mengandungi bahan aktif seperti kafein dan antioksidan membantu memberikan manfaat kepada kulit kepala dan folikel rambut.
Salah satu teknik yang semakin popular ialah bilasan rambut menggunakan air kopi atau lebih dikenali sebagai 'coffee water rinse'.

Teknik ini mudah dilakukan di rumah dan memberikan manfaat luar biasa untuk pertumbuhan rambut.
Bilasan air kopi dipercayai merangsang pertumbuhan rambut, menguatkan akar dan memberikan rambut kilauan semula jadi.
MENARIK DIBACA: Patutlah ibu hamil suka makan jeruk! Di sebalik rasa masam dan manis, ada khasiat tersembunyi
MENARIK DIBACA: Helah mudah kurangkan ketagihan hisap vape, kunyah gula-gula getah pudina pilihan terbaik
Lebih menarik apabila digabungkan dengan urutan kepala, ia membantu meningkatkan aliran darah ke folikel rambut sekali gus melindungi kulit kepala daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Dengan rutin mudah ini, anda bukan sahaja boleh menikmati kopi kegemaran, malah rambut juga boleh kelihatan lebih sihat dan menawan setiap hari.

Siapa kata kopi hanya untuk diminum? Kini ia boleh menjadi rahsia rambut cantik dari akar hingga hujung!
Cara membuat bilasan air kopi
- Membuat bilasan kopi untuk rambut sebenarnya sangat mudah dan boleh dilakukan di rumah.
- Anda hanya memerlukan satu cawan kopi hitam pekat tanpa gula atau susu serta dua cawan air.
- Jika mahu, anda boleh menambah satu atau dua titis minyak pati seperti rosemary atau peppermint untuk aroma dan manfaat tambahan.
- Sediakan serbuk kopi dan campurkan dengan air supaya kepekatan cairan sesuai untuk digunakan pada rambut.
- Tuangkan campuran kopi ke kulit kepala dan seluruh rambut atau gunakan botol sembur supaya lebih mudah.
- Pijat kulit kepala secara perlahan selama beberapa minit untuk membantu meningkatkan aliran darah.
- Biarkan bilasan kopi berada di rambut selama lima hingga sepuluh minit supaya nutrien dalam kopi serap dengan baik.
- Bilas rambut dengan air suam sehingga bersih.
- Jika perlu, anda boleh menggunakan syampu dan perapi ringan selepas itu. Ulangi proses ini sekali atau dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang optimum.