KUALI | Nutrisi

Patutlah ibu hamil suka makan jeruk! Di sebalik rasa masam dan manis, ada khasiat tersembunyi

Lead Image

RASA masam manis yang menagihkan membuatkan jeruk menjadi antara makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia.

Malah ia cukup sinonim dengan ibu-ibu hamil yang menjadikan jeruk sebagai makanan bagi menghilangkan rasa mual akibat 'morning sickness' dan mengidam.

Bagaimanapun, jeruk juga sering dikaitkan sebagai antara makanan tidak sihat kerana kandungan gula dan cuka yang boleh menyebabkan peningkatan kandungan gula dalam darah.

Tidak hanya itu, makan jeruk berlebihan juga dianggap penyebab masalah batuk dan sakit tekak.

MENARIK DIBACA: Cara buat pulut tetal rupanya tak susah, cicah dengan kaya pandan memang sedap!

MENARIK DIBACA:  Helah mudah kurangkan ketagihan hisap vape, kunyah gula-gula getah pudina pilihan terbaik

Pun begitu, ia tetap mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan sekiranya ia diambil dalam kuantiti yang sederhana.

Jeruk yang diperbuat daripada buah kaya dengan vitamin dan mengandungi serat, folat dan antioksidan yang penting untuk menyokong kesihatan badan. 

Oleh itu, tidak rugi untuk mengetahui dengan lebih lanjut kebaikan jeruk terhadap kesihatan.

Elektrolit ialah mineral penting yang diperlukan untuk tubuh berfungsi dengan baik.

1. Membantu mengimbangi elektrolit

Elektrolit ialah mineral penting diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik. 

Apabila seseorang mengalami dehidrasi akibat demam, muntah atau kurang minum air, badan juga akan kehilangan elektrolit.

Jeruk mengandungi natrium tinggi menjadikannya salah satu sumber elektrolit dan berpotensi membantu menggantikan elektrolit yang hilang. 

Jeruk buah juga boleh membantu mengurangkan masalah kekejangan otot.

2. Mengurangkan kekejangan otot

Makanan yang melalui proses penapaian seperti jeruk dapat membantu mengurangkan masalah kejang otot. 

Bahan bioaktif dihasilkan semasa proses tersebut dipercayai membantu mempercepat proses pemulihan otot yang letih atau sakit selepas senaman.

Jeruk yang mengandungi cuka membantu menstabilkan paras gula dalam darah.

3. Membantu mengawal paras gula darah

Jeruk yang dihasilkan menggunakan cuka dipercayai dapat membantu menstabilkan paras gula dalam darah. 

Paras glukosa terkawal mengurangkan rasa lapar berlebihan dan perkara ini penting bagi penghidap diabetes.

Bagi mereka yang ingin mencuba cara semula jadi mengawal gula darah, jeruk atau makanan berasaskan cuka boleh dipertimbangkan namun pengambilannya mestilah secara sederhana.

Jeruk buah-buahan ini mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas.

4. Sumber antioksidan

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran lain, jeruk juga mengandungi antioksidan berfungsi melawan radikal bebas dalam badan. 

Radikal bebas boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, keradangan serta mempercepatkan proses penuaan.

Dengan pengambilan makanan yang kaya antioksidan dapat membantu tubuh dilindungi daripada kesan buruk bahan-bahan ini.

Jeruk masam boleh membantu mengawal rasa mual mengandung.

5. Loya kehamilan

Keinginan untuk makan makanan masam adalah perkara biasa dalam kalangan wanita hamil terutamanya pada trimester pertama akibat masalah loya dan muntah pagi. 

Jeruk boleh membantu mengurangkan rasa mual tersebut.

Namun begitu, pengambilannya perlu dikawal bagi mengelakkan kesan sampingan. 

Sebagai alternatif, wanita hamil boleh memilih buah masam yang lebih segar seperti kiwi, mangga muda atau buah oren.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Teknik siram kepala guna air kopi kuatkan akar dan rambut bertambah lebat!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Amal air bawang putih dan garam, ikhtiar orang lama rawat kencing tak lawas

Terhangat