KUALI | Nutrisi

Susah fokus, jadi pelupa... Ini 5 makanan bantu tangani masalah ‘brain fog’

Lead Image

PERNAHKAH anda mengalami situasi sukar untuk fokus, mudah terlupa perkara kecil atau rasa tak bersemangat menyiapkan tugasan walaupun mudah?

Jika ya, anda mungkin sedang mengalami 'brain fog' iaitu satu keadaan di mana minda terasa berat, sukar menumpukan perhatian, cepat lupa dan kurang bertenaga.

'Brain fog' boleh berlaku akibat pelbagai faktor seperti kurang tidur, tekanan emosi, pemakanan yang tidak seimbang atau dehidrasi.

MENARIK DIBACA: Tambah petai terus bangkit selera! Resipi cencaru sumbat sambal pikat selera

MENARIK DIBACA: Resipi daging goreng berlengas cara orang Kelantan, memang bertambah nasi

Keadaan ini sebenarnya boleh dikurangkan secara semula jadi antaranya termasuk pemilihan makanan yang betul.

Hakikatnya, makanan memainkan peranan penting dalam menyokong dan melancarkan fungsi tubuh termasuk kesihatan otak.

Berikut adalah lima jenis makanan yang terbukti baik untuk menangani masalah ini;

Ikan salmon kaya dengan omega-3 yang membantu meningkatkan daya fokus otak.

1. Ikan berlemak

Ikan seperti salmon, sardin dan tuna kaya dengan asid lemak omega-3. 

Nutrien ini penting untuk fungsi sel otak membantu meningkatkan daya ingatan serta keupayaan fokus. 

Pengambilan ikan berlemak secara berkala boleh menyokong prestasi kognitif yang lebih baik.

Telur mengandungi kolin yang bagus untuk pembentukan memori otak.

2. Telur

Telur mengandungi kolin iaitu nutrien penting untuk pembentukan neurotransmitter yang berkait dengan memori dan pembelajaran. 

Telur juga sumber protein yang membantu mengekalkan tenaga mental sepanjang hari.

Buah beri kaya dengan antioksidan membantu mengurangkan tekanan oksidatif otak.

3. Buah beri

Buah beri kaya dengan antioksidan terutamanya flavonoid yang membantu melindungi otak daripada keradangan dan tekanan oksidatif. 

Ia juga dikaitkan dengan peningkatan fungsi ingatan dan kelajuan pemprosesan maklumat.

Kekacang kebiasaannya mengandungi vitamin E yang bgaus untuk kesihatan otak.

4. Kekacang

Kacang seperti badam dan walnut mengandungi vitamin E, magnesium dan lemak sihat yang menyokong kesihatan otak. 

Vitamin E khususnya membantu melindungi sel otak daripada kerosakan.

Coklat mengandungikandungan flavonoid yang membantu meningkatkan fokus otak.

5. Coklat gelap

Coklat gelap dengan kandungan koko sebanyak 70 peratus mengandungi flavonoid dan kafein.

Ia membantu meningkatkan fokus, mood dan aliran darah ke otak apabila diambil secara sederhana.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kaki lenguh, tumit sakit? Petua tradisional ini buat ramai lena tidur malam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Patutlah kulit orang Indonesia mulus, tempe mampu cegah masalah jerawat

Terhangat