KUALI | Nutrisi

Kaki lenguh, tumit sakit? Petua tradisional ini buat ramai lena tidur malam

Lead Image

KALAU selalu rasa lenguh kaki atau sakit tumit selepas seharian bekerja, petua ini mungkin boleh membantu. 

Hanya menggunakan bahan dapur yang ringkas serta mudah disediakan seperti garam kasar, daun limau purut dan halia.

Untuk rawatan tradisional ini, difahamkan garam membantu melancarkan peredaran darah sekali gus melekakan rasa lenguh pada kaki.

Manakala halia pula memberikan rasa hangat dan daun limau purut pula memberikan aroma menenangkan.

MENARIK DIBACA: Pemilik Sugar and I hampir putus asa, bomboloni jadi ‘penyelamat’ ketika pandemik

MENARIK DIBACA: Hanya guna 4 bahan, resipi popiah ubi keledek coklat mesti disukai anak-anak

Bahan-bahan

  • Halia (dihiris)
  • 6 hingga 7 helai daun limau purut
  • Segenggam garam kasar
  • Air panas

Cara rawatan

  1. Sediakan sebuah besen dan isikan dengan air panas.
  2. Masukkan hirisan halia, daun limau purut dan garam lalu kacau sebati.
  3. Biarkan seketika sehingga air menjadi suam.
  4. Setelah air menjadi suam, rendam kaki selama 15 hingga 20 minit.
  5. Lakukan dalam keadaan bertenang sebelum tidur setiap hari sehingga lenguh pada kaki dan sakit tumit berkurangan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kolesterol pembunuh senyap! Badan kurus jangan sangka sihat, ini 5 makanan bantu lindungi jantung

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Susah fokus, jadi pelupa... Ini 5 makanan bantu tangani masalah ‘brain fog’

Terhangat