KUALI | Pastri

Hanya guna 4 bahan, resipi popiah ubi keledek coklat mesti disukai anak-anak

Lead Image

KALAU rasa buntu nak masak apa untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ini, apa kata cuba resipi popia ubi keledek berintikan coklat ini.

Rasa lemak manis ubi keledek dan coklat cair di dalamnya pasti membuatkan anak-anak berebut!

Ditambah pula dengan tekstur rangup kulit popia membuatkan hidangan ringkas ini bertambah istimewa.

Bahan dan langkah penyediaannya juga sangat mudah dan boleh dilakukan bersama anak-anak sebagai aktiviti waktu senggang sepanjang cuti sekolah.

Kuali kali ini kongsikan resipi dan cara-cara membuatnya. 

MENARIK DIBACA: Cara buat pulut tetal rupanya tak susah, cicah dengan kaya pandan memang sedap!

MENARIK DIBACA: [V] ‘Road trip’ sampai ke Kelantan, makanan pengikat cinta Aidit Noh dan isteri

Bahan-bahan

  • 500 gram keledek ungu
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Kulit popia
  • Coklat bar

Langkah penyediaan

  1. Potong kecil keledek ungu kemudian rebus sehingga empuk. Angkat lalu ditoskan.
  2. Masukkan keledek yang telah direbus ke dalam mangkuk kemudian lenyekkan.
  3. Tuang susu pekat manis ke dalam mangkuk berisi keledek yang telah dilenyekkan tadi kemudian gaul sehingga sebati.
  4. Sediakan kulit popia, letak satu sudu keledek lenyek bersama seketul coklat bar, kemudian tambah keledek lenyek untuk menutupi bahagian atas coklat.
  5. Balut kulit popia mengikut cita rasa masing-masing kemudian goreng sehingga garing.
  6. Angkat kemudian toskan. Sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Resipi mufin pisang senang sangat, boleh ajak anak-anak bantu di dapur 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Ini cara buat kek gula hangus paling mudah, hasilnya pasti gebu dan cantik 'bersarang'

Terhangat