KUALI | Pastri

Ini cara buat kek gula hangus paling mudah, hasilnya pasti gebu dan cantik 'bersarang'

Lead Image

KEK sarang semut atau kek gula hangus menjadi antara pencuci mulut kegemaran ramai kerana teksturnya yang kenyal, berongga dengan rasa karamel harum.

Namun ramai tidak gemar membuat sendiri kek sarang semut kerana merasakan tekniknya sukar dan tidak mendapat tekstur 'sarang' seperti diharapkan. 

Walaupun cara membuatnya nampak rumit, namun kek sarang semut ini sebenarnya mudah untuk dihasilkan, malah bahan-bahannya juga mudah didapati.

Teknik membancuh bahan-bahan memainkan peranan penting bagi mendapatkan tekstur dan corak berongga yang cantik. 

Selain sesuai dijadikan santapan ketika minum petang, kek sarang semut juga sesuai dihidangkan untuk tetamu ketika musim perayaan.

Jom ikut cara-cara membuat kek sarang semut kenyal seperti yang dikongsikan influncer Nur Allyssia dalam akaun Facebooknya, Masakan Rumahan.

MENARIK DIBACA: [V] Allan Andersn tak makan nasi... Rahsia kulit mulus, badan tak berbau

MENARIK DIBACA: Baunya busuk dan rasanya pula pahit... Buah mengkudu banyak khasiat, boleh bantu elak obesiti 

Bahan-bahan

  • 250g gula pasir
  • 250ml air panas
  • 2 sudu besar marjerin
  • 80g tepung gandum
  • 80g tepung ubi
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 80g susu pekat manis

Langkah penyediaan

  1. Cairkan gula pasir dengan api sederhana sehingga berwarna perang
  2. Tuangkan air panas dan kacau sehingga larut. Berhati-hati kerana akan terpercik.
  3. Masukkan marjerin atau butter dan kacau sehingga cair. Kemudian pindahkan ke dalam bekas lain supaya cepat sejuk dan ketepikan.
  4. Sediakan 3 biji telur dan pukul sehingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat manis, tepung gandum, tepung ubi, soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam. Kacau hingga semua adunan sebati.
  6. Akhir sekali masukkan sirap gula yang sudah disejukkan tadi ke dalam adunan kemudian kacau sehingga rata.
  7. Sapu loyang dengan sedikit marjerin dan tapis adunan ke dalam bekas loyang.
  8. Panaskan oven selama 5 minit pada suhu 70 darjah Celsius kemudian bakar selama 40 hingga 45 minit atau sehingga masak.
  9. Potong kek sarang semut dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Hanya guna 4 bahan, resipi popiah ubi keledek coklat mesti disukai anak-anak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Tukar menu sihat buat anak-anak cuti sekolah ini, resipi nuget pisang sihat dan menyelerakan

Terhangat