KUALI | Pastri

Tukar menu sihat buat anak-anak cuti sekolah ini, resipi nuget pisang sihat dan menyelerakan

Lead Image

SEPANJANG cuti sekolah, pasti anak-anak tidak menjaga pemakanan dan suka dengan hidangan segera seperti nuget, sosej dan gula-gula.

Bagi tetap menjaga keseimbangan diet mereka, apa kata tukar menu yang lebih sihat tetapi menyelerakan iaitu nuget pisang.

Ia bukan sahaja enak tetapi bentuknya juga tidak jauh beza dengan nuget ayam.

MENARIK DIBACA: Tak masuk akal! Seekor ikan tuna dijual RM6 juta, simbolik tuah dan keberuntungan di Jepun

MENARIK DIBACA: Basuh wajah dengan air kelapa banyak manfaat, hilang parut jerawat dan kekal awet muda

 

Paling penting, hanya dengan tiga bahan, mak-mak tak payah pening fikir hendak masak apa untuk anak-anak musim cuti sekolah ini.

Bukan sahaja dapat menyediakan menu sihat tetapi menyelerakan dan Kuali kongsikan resipinya.

Bahan-bahan

  • Pisang ranum
  • 3 biji telur
  • Serbuk roti
  • Minyak masak

Langkah penyediaan

  1. Hiris bulat buah pisang dan masukkan dalam bekas.
  2. Pecahkan tiga biji telur dan kacau.
  3. Siram telur di atas pisang yang telah dipotong tadi kemudian gaul sehingga bercampur dengan sempurna.
  4. Salut pisang dengan serbuk roti dan kemudian goreng sehingga garing keemasan.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Ini cara buat kek gula hangus paling mudah, hasilnya pasti gebu dan cantik 'bersarang'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Kek tapak kuda red velvet menggoda selera, resipi Kak Sue buat ramai terliur

Terhangat