KUALI | Nutrisi

Basuh wajah dengan air kelapa banyak manfaat, hilang parut jerawat dan kekal awet muda

Lead Image

SELAIN dapat menghilangkan dahaga, air kelapa diketahui sangat baik untuk kesihatan kerana mengandungi elektrolit seperti kalium, natrium, kalsium dan magnesium untuk keperluan tubuh badan.

Bukan itu sahaja, mengamalkan minum air kelapa juga membantu mengawal gula dan tekanan darah selain membekalkan antioksidan serta bersifat rendah kalori dan lemak.

Bahkan, kajian turut membuktikan air kelapa turut bermanfaat untuk memelihara kecantikan selain boleh membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.

MENARIK DIBACA: “Amoi suka masak, abang suka makan” - Aisha Tan dan Azrul kongsi pertemuan pertama, kepak ayam cola perkenal Soya Belacan di media sosial

MENARIK DIBACA: Sisik ikan jangan dibuang! Teefoodd kongsi resipi buat jeli, kaya kolegan untuk cantikkan kulit

Segmen Nutrisi kali ini, Kuali akan kongsikan enam kelebihan air kelapa untuk merawat kulit bermasalah.

Parut akan semakin pudar selepas disapu dengan air kelapa setiap hari.

1. Pudarkan parut

Sapu air kelapa pada bahagian bermasalah untuk menghilangkan parut dan biarkan sehingga kering, kemudian bilas dengan air bersih.

Lakukan cara ini setiap hari untuk mendapatkan hasil memuaskan. Lama kelamaan, parut akan mula memudar dan akhirnya hilang.

Cuci wajah dengan air kelapa setiap pagi membantu mengecutkan jerawat.

2. Kecutkan jerawat

Caranya, cuci wajah setiap hari dengan air kelapa untuk mengatasi masalah jerawat.

Air kelapa bukan sahaja membantu mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan parut, bahkan juga dapat membantu memudarkan pigmentasi.

mencuci muka dengan air kelapa membantu mengatasi masalah liang roma terbuka dan mengecilkan pori-pori pada wajah.

3. Menghaluskan dan melicinkan kulit

Air kelapa memiliki 'kuasa' untuk membantu menghaluskan kulit kasar dan memperbaiki tona kulit tidak sekata.

Lebih menakjubkan, mencuci muka dengan air kelapa secara konsisten juga membantu mengatasi masalah liang roma terbuka dan mengecilkan pori-pori pada wajah.

Hasilnya kulit wajah anda akan lebih anjal dan awet muda.

Gaul air kelapa bersama kelapa parut kemudian sapukan pada wajah sebagai masker untuk menjaga kelembapan kulit.

4. Menjaga kelembapan kulit

Air kelapa juga membantu menyeimbangkan kelembapan pada kulit secara semula jadi dan tidak membuatkan kulit anda kelihatan terlalu berminyak atau terlalu kering.

Caranya, gaul air kelapa bersama kelapa parut kemudian sapukan pada wajah sebagai masker.

Biarkan selama lebih kurang 20 hingga 30 minit dan bilas dengan air bersih. Lakukan cara ini dua kali seminggu untuk hasil kulit lebih lembap dan sihat.

Simpan air kelapa di dalam peti sejuk dan sapukan pada wajah apabila anda terasa letih untuk kulit berseri.

5. Segarkan kulit

Air kelapa juga membantu mengatasi masalah kulit wajah kusam dan lesu. Caranya simpan air kelapa di dalam peti sejuk dan sapukan pada wajah apabila anda terasa letih.

Biarkan seketika sehingga kering sebelum bilas dengan air putih. Hasilnya wajah anda akan kelihatan lebih segar dan berseri.

Air kelapa berfungsi sebagai agen antipenuaan, sekali gus menjadikan wajah ada sentiasa kelihatan awet muda.

6. Awet muda

Air kelapa juga berfungsi sebagai agen antipenuaan, sekali gus menjadikan wajah ada sentiasa kelihatan awet muda.

Caranya, basuh wajah anda dengan air kelapa setiap pagi. Lakukan petua ini tanpa secara kerap. Hasilnya kulit wajah anda akan kelihatan lebih mulus, berseri dan kekal muda.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Baunya busuk dan rasanya pula pahit... Buah mengkudu banyak khasiat, boleh bantu elak obesiti 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kulit limau melegakan tekanan, buahnya pula bekalan nutrisi baik untuk badan

Terhangat