Kulit limau melegakan tekanan, buahnya pula bekalan nutrisi baik untuk badan
DALAM dunia pemakanan dan kesihatan holistik, buah sitrus seperti limau, oren dan lemon dikenali sebagai sumber nutrisi penting.
Selain rasa masam manis menyegarkan, kulit limau juga memainkan peranan menarik khususnya dalam aspek pengurusan tekanan.
Kajian Universiti Respati Yogyakarta, Indonesia, dalam bidang aromaterapi mendapati aroma minyak pati kulit limau boleh memberi kesan menenangkan.
Kandungan limonene dan linalool dalam kulit sitrus membantu mengurangkan cemas bahkan merangsang emosi positif bahkan membolehkan pernafasan lebih tenang.

Terdapat kajian melaporkan kulit buah-buahan sitrus memberi kesan ketara terhadap tahap tekanan sehingga 70 peratus.
Cara mendapatkan manfaatnya pula mudah, hanya dengan menggosok, kulit limau akan melepaskan aroma segar untuk dihidu sekali gus membantu mengurangkan tekanan.
Selain aromanya, pengambilan buah limau dalam diet seharian juga membekalkan nutrisi diperlukan badan.
Berikut adalah 4 kelebihan nutrisi buah limau membantu badan kekal segar.

1. Vitamin C tingkat daya imunisasi
Nutrisi utama ini membantu merangsang penghasilkan kolagen dan melindungi sel daripada kerosakan oksidatif
Pengambilan buah limau juga menyokong penyerapan zat besi lebih baik sekali gus membekalkan oksigen diperlukan seluruh badan.
Tanpa penyerapan zat besi mencukui badan akan menjadi lemah.

2. Menyokong detokfikasi badan
Pengambilan jus limau mengandungi serat membantu pelancarkan pencernaan dan mengawal kandungan gula dalam darah.
MENARIK DIBACA: Tingkatkan penghasilan susu ibu dan redakan sakit kepala, antara 8 kebaikan minum air rebusan halba
MENARIK DIBACA: Kombinasi seni dan rasa, ada cara mudah buat agar-agar tembikai
Kandungan serat dalam buah limau juga memberikan rasa kenyang lebih lama dan pengambilan kalori berlebihan.
Bahan ini juga membantu membuang toksin dan sisa metabolik melalui najis.

3. Antioksidan semula jadi
Flavonoid dalam limau membantu mengurangkan keradangan dan menyokong kesihatan jantung.
Antioksidan menyokong kesihatan otak sekali gus melindungi sel saraf daripada kerosakan dikaitkan dengan punca penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson.

4. Penambah tenaga badan
Dengan kandungan air tinggi, limau membantu mengekalkan badan kekal hidrasi sepanjang hari.
Pengambilan buah limau sebagai snek sihat juga mengandungi glukosa dan fruktosa semula jadi memberi tenaga segera.
Berbeza dengan gula tambahan, tenaga dari buah limau mampu menyegarkan badan tanpa membebankan pankreas.