KUALI | Nutrisi

Kolesterol pembunuh senyap! Badan kurus jangan sangka sihat, ini 5 makanan bantu lindungi jantung

Lead Image

JANGAN disangka tubuh kecil dan mempunyai berat badan ideal lebih sihat berbanding mereka yang mengalami obesiti.

Hakikatnya, peningkatan paras kolesterol boleh berlaku tanpa disedari tanpa mengira bentuk atau saiz tubuh seseorang.

Lebih membimbangkan, kolesterol yang tidak terkawal mampu meningkatkan risiko penyakit serius, khususnya berkaitan dengan jantung.

Oleh itu, pemilihan makanan yang tepat dan kosisten penting untuk mengawal paras kolesterol secara semula jadi.

Selain sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar, terdapat juga beberapa makanan lain yang terbukti berkesan dalam membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) seperti berikut;

Oat dan gandum mengandungi serat larut yang mengikat kolestrol.

1. Oat dan gandum

Sarapan dengan semangkuk oatmeal atau memilih roti gandum penuh adalah langkah bijak untuk menurunkan kolestrol (LDL) secara berperingkat.

Oat dan gandum mengandungi serat larut yang berfungsi mengikat kolesterol dalam sistem pencernaan dan membantu menyingkirkannya daripada tubuh.

Ikan salmon kaya dengan kandungan asid lemak omega-3.

2. Ikan kaya Omega-3

Ikan seperti salmon, mackerel, sardin dan trout terkenal dengan kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi.

Nutrien ini membantu menurunkan kolesterol jahat, mengurangkan keradangan, serta menyokong kesihatan jantung.

Avocado sesuai dinikmati sebagai smoothie sihat.

3. Avocado

Buah avokado kaya dengan lemak tak tepu tunggal (monounsaturated fats) yang membantu meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol jahat.

Ia sesuai dinikmati dalam salad, disapu roti bakar dan dijadikan smoothie sihat.

70 peratus koko mengandungi antioksidan flavonoid membantu mengurangkan kolesterol LDL.

4. Coklat gelap

Siapa sangka coklat juga boleh menyumbang kepada kesihatan jantung?

Coklat gelap dengan kandungan koko sekurang-kurangnya 70 peratus mengandungi antioksidan flavonoid yang membantu mengurangkan kolesterol LDL dan keradangan.

Kandungan lemak tak tepu tunggal membantu meningkatkan kolesterol baik.

5. Minyak Zaitun

Minyak zaitun extra virgin merupakan pilihan minyak yang lebih sihat berbanding mentega atau marjerin.

Kandungan lemak tak tepu tunggal dan antioksidan di dalamnya membantu meningkatkan kolesterol baik serta melindungi jantung.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

28 tahun minum susu lembu mentah, warga emas dijangkiti tibi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kaki lenguh, tumit sakit? Petua tradisional ini buat ramai lena tidur malam

Terhangat