info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pelancong Indonesia pelik saiz ayam Malaysia terlalu besar - "Jenis apa sebenarnya?"

Lead Image

AYAM antara protein kegemaran rakyat Malaysia

Boleh dikatakan hampir setiap hidangan pasti ada lauk ayam, sama ada digoreng, dibakar mahupun dimasak dalam gulai.

Bagaimanapun saiz ayam di Malaysia sebenarnya sering dianggap besar jika dibandingkan dengan negara lain.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna dari Indonesia yang meluahkan rasa terkejut melihat saiz ayam di restoran dan makanan segera selepas melancong ke Malaysia.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut tertanya-tanya mengapa saiz ayam di Malaysia kelihatan jauh lebih besar berbanding di negaranya.

“Saya dari Indonesia tertanya-tanya mengenai saiz ayam di nasi lemak, McD dan sebagainya, kenapa ayam di Malaysia sangatlah besar.

“Seperti dua kali ganda lebih besar daripada ayam di Indonesia,” katanya.

Dia turut berseloroh dengan menyatakan saiz paha ayam di Malaysia seakan-akan ‘paha dinosaur’ kerana terlalu besar.

MENARIK DIBACA: Donut susu Malaysia ‘serang’ Indonesia... Habis licin dalam 2 jam, stesen TV sampai buat liputan

MENARIK DIBACA: Lambakan kedai ayam gepuk di Malaysia! Ramai anggap nasi tomato, nasi lemak bagai terpinggir

“Saya sampai terfikir, ini betul-betul paha ayam atau paha dinosaur? Memang sentiasa besar tu dan ayam jenis apa sebenarnya?” ujarnya.

Di ruangan komen, ramai netizen memberikan pelbagai penjelasan mengenai persoalan dan perbandingan dibuat.

Ada yang menyatakan ia mungkin dipengaruhi oleh permintaan pasaran dan cita rasa pengguna di setiap negara.

“Saya penternak ayam secara kemitraan (rakan niaga). Saiz potongan daging ayam bergantung pada kehendak pasaran, kebetulan di Indonesia lebih ramai suka saiz yang sederhana.

Komen netizen di laman Threads.

Dalam masa sama, ada juga yang mengaitkan perbezaan itu dengan tahap ekonomi Malaysia yang lebih tinggi, sekali gus membolehkan pengguna membeli ayam dengan saiz lebih besar.

“Mungkin berkaitan dengan ekonomi Malaysia yang lebih makmur, jadi rakyatnya mampu makan ayam dan daging yang lebih banyak serta lebih besar,” komen seorang netizen.

Selain itu, ada juga yang secara berseloroh mengaitkan isu ini dengan kadar obesiti di Malaysia yang dilaporkan antara tertinggi di Asia Tenggara.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Cuma ada RM20, wanita ajar cara berbelanja... Menu sedap, kenyang dan sihat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

[V] Dari kejadian tak disengajakan 30 tahun lalu, kafe ini jual kopi termahal di dunia RM2,475 secawan

Terhangat